30 April 2009

Musykil

diambil daripada http://marni-ameera.blogspot.com/

29 April 2009

Musykil

Saya ingin menunjukkan satu daripada kelemahan dalam sistem pendidikan di negara kita, biarpun ia mungkin dianggap remeh. Kali ini, bukan melalui penyelidikan impirikal dan bukan juga melalui ulasan dan pandangan orang lain.

Kali ini adalah dari analisis dan semakan saya sendiri terhadap kertas ujian bagi mata pelajaran bahasa Inggeris dan sains untuk pelajar sekolah rendah (Tahun 1).

Dalam ujian bulanan pertama, kertas soalan bagi mata pelajaran bahasa Inggeris memerlukan pelajar menyuai padan huruf A dengan a, B dengan b dan begitulah huruf seterusnya. Rupanya mereka baru belajar mengenal huruf!

Ada juga soalan meminta mereka melengkapkan ejaan perkataan ‘Good Morning’, ‘Good Afternoon’, ‘Good Evening’ dan menyuai padankan ejaan tersebut dengan gambar yang disertakan. Rupanya mereka baru belajar mengeja!

Ada juga soalan yang meminta pelajar mengisi tempat kosong dalam ayat-ayat pendek yang disediakan. Saya fikir, pelajar dapat menjawab soalan ini bukan kerana mereka faham ayat yang ditulis, tetapi mereka meneka perkataan atau jawapan berdasarkan gambar yang disertakan. Rupanya mereka baru belajar membina kosa kata!

Tiada sebarang keraguan ketika saya membuat semakan untuk mata pelajaran ini. Saya menganggap soalan-soalan bagi mata pelajaran ini sesuai untuk pelajar yang baru berkenalan dengan bahasa Inggeris dan baru hendak belajar membina perkataan dalam bahasa tersebut.

Namun kemusykilan timbul apabila saya membuka kertas soalan bagi mata pelajaran sains.

Saya tidak fikir pelajar yang baru hendak belajar mengenal huruf dan baru hendak belajar mengeja akan memahami soalan ini walaupun diterangkan oleh guru mereka, kecuali jika guru menerangkannya dalam bahasa ibunda:

Which of the following is a bad habit?
A. Alia washes her hands before eating.
B. Zamani brushes his teeth once a week.
C. Halim wears clean and tidy uniform to school.

Saya musykil.

Bagi mata pelajaran bahasa Inggeris, mereka baru sahaja diajar untuk mengenal huruf dan membina kosa kata dalam bahasa Inggeris. Perkataan-perkataan ringkas digunakan supaya pelajar mudah faham. Tiada ayat yang panjang.

Tetapi bagi mata pelajaran sains, ayat yang digunakan boleh dianggap panjang, bahkan ia dibuat seolah-olah pelajar telah mahir menguasai bahasa Inggeris.

Saya sama sekali tidak menyalahkan guru yang membuat soalan. Bukan juga salah guru yang mengajar! Mengapa saya katakan begitu? Kerana selepas membuat semakan terhadap buku teks dan buku aktiviti yang digunakan di sekolah, sememangnya itulah yang ada dalam sukatan mata pelajaran.

Persoalan yang berlegar di fikiran saya ialah, bagaimana agaknya para pelajar menjawab soalan sains tersebut?

Pelajar yang pernah bersekolah di tadika yang menggunakan bahasa Inggeris sebagai medium pengantara mungkin tidak bermasalah dengan keadaan ini, tetapi bagaimana dengan pelajar yang lain, terutamanya yang tidak bersekolah tadika?

Sekoah 4 sesi

Diperolehi daripada http://perkhidmatanpelajaran.blogspot.com/2009/04/sekolah-4-sesi.html

Bertarikh : Rabu, 2009 April 29

Oleh Mohd Azam Shah Yaacob
mohdazam@hmetro.com.my


RAWANG: “Cara ini memang mengarut dan saya sendiri hairan kerana tidak pernah pula mendengar ada sesi persekolahan dibuat sampai empat sesi,” keluh seorang bapa, Abdul Wahid Maidu, 46, mengenai tindakan Sekolah Rendah Agama (SRA) Tasik Puteri yang mengadakan empat sesi persekolahan sejak Jumaat lalu.

Tinjauan Harian Metro semalam mendapati rata-rata ibu bapa menyuarakan ketidakpuasan terhadap sistem persekolahan empat sesi itu yang menyukarkan mereka memantau pergerakan anak selain menjejaskan tumpuan ketika pembelajaran.

Malah, difahamkan sekolah itu hanya memiliki 18 bilik darjah saja sedangkan jumlah muridnya secara keseluruhan adalah 1,600 pelajar.

Malah lebih teruk lagi, akibat penggunaan empat sesi persekolahan itu, 120 minit masa pengajaran terpaksa dikurangkan bagi tempoh lima hari waktu pembelajaran selain murid terpaksa menerima pembelajaran dalam keadaan tertekan berikutan selepas saja tamat sesi persekolahan sekolah pagi (sekolah kebangsaan), mereka terpaksa mengikuti sesi sekolah agama selama dua jam tanpa rehat.

Abdul Wahid berkata, empat sesi persekolahan itu iaitu satu pada waktu pagi bermula jam 7.30 pagi hingga 10 pagi manakala tiga lagi pada waktu petang bermula jam 2.15 petang hingga 4.15 petang, jam 2.30 petang hingga 4.30 petang dan jam 4.15 hingga 6.15 petang itu menyebabkan anak mereka tidak dapat fokus pada pelajaran yang disampaikan guru.

“Bagaimana mereka ini hendak fokus pada pelajaran, kerana jika yang belajar pada sesi petang, waktu yang diperuntukkan hanya dua jam saja tanpa ada rehat sedikit pun kerana selepas tamat satu sesi, sesi lain pula diadakan.

“Ini sebenarnya tidak harus berlaku dan pihak yang berkaitan sepatutnya peka dengan masalah ini. Mereka sepatutnya tahu ini bukan saja membebankan pelajar malah, turut menyukarkan ibu bapa memantau pergerakan anak mereka terutama yang mempunyai anak yang terbabit dalam setiap sesi,” katanya ketika ditemui di sini, semalam.

Pemandu van sekolah, Zulkarnain Mohd Zin, 49, masalah itu memang menyukarkannya untuk menghantar murid sama ada ke rumah atau ke sekolah berikutan sukar untuk mengikut waktu masuk sekolah dan pulang pelajar yang terlalu hampir.

Katanya, jika terlewat menghantar serta mengambil murid berkenaan, maka secara tidak langsung juga murid pada sesi lain akan terlewat masuk kelas.

myMetro: 29 April 2009

Format Kertas kerja Projek

Diambil daripada http://mohdisa-abdrazak.blogspot.com/2009/04/format-kertas-kerja-projek.html

Bertarikh: 30 April 2009


Format kertas kerja projek (KKP) berbagai-bagai, bergantung pada kehendak pihak yang akan meluluskan projek itu. Misalnya, KKP yang akan dikemukakan kepada pihak bank berbeza sedikit dengan kertas kerja yang akan dikemukakan kepada pengurus sekolah.

Dalam alam pendidikan, KKP mempunyai kandungan yang hampir sama seperti tajuk, penganjur, rasional, tujuan, tarikh pelaksanaan, kumpulan sasar, senarai jawatankuasa, jadual pelaksanaan dan perbelanjaan.

Pendahuluan boleh juga dimasukkan. Apabila ada pendahuluan tentulah ada penutup. Jikalau projek itu berupa peningkatan projek yang sedia ada, latar belakang projek yang terdahulu perlu dimasukkan. Bagi projek tertentu, tema projek elok dinyatakan.

Perincian tugas bagi setiap jawatankuasa dan individu boleh juga dimasukkan dalam kertas kerja itu. Butiran lengkap sesuatu kandungan atau subtajuk yang terlalu panjang seperti senarai jawatankuasa, senarai tugas mereka, butiran perbelanjaan, borang, lakaran, rajah, dan jadual elok dijadikan lampiran.

Untuk Cikgu Mohd Ariffin, di bawah ini diberikan beberapa contoh format KKP. Sesuaikan contoh ini dengan keperluan cikgu.

Format KKP Ab. Rahman dan Yap
Bahasa Melayu: Komunikasi Berkesan dan Pengucapan Umum, 1998
1. Tajuk
2. Rasional
3. Objektif/Matlamat
4. Jangka Masa Pelaksanaan
5. Kumpulan Sasar
6. Andaian (Kekangan)
7. Sumber Kewangan
8. Jawatankuasa
9. Senarai Tugas
10. Pelaksanaannya

Format KKP Ab. Alim
Pengurusan Kokurikulum dan Badan Beruniform, 1999
1. Pendahuluan
2. Objektif dan Matlamat
3. Tema
4. Tempat
5. Tarikh dan Tempoh Pelaksanaan
6. Perasmi
7. Bilangan Penyertaan dan Kategori
8. Bayaran
9. Jawatankuasa Kerja
10. Jawatankuasa Kecil
11. Perbelanjaan
12. Pendapatan
13. Penutup
14. Lampiran

Format KKP Institut Pendidikan Guru (IPG)
Sebuah IPG hanya memerlukan butiran minimum seperti yang berikut:
1. Tajuk
2. Rasional
3. Matlamat
4. Objektif
5. Tarikh dan Masa
6. Sasaran
7. Ahli Jawatankuasa
8. Program
9. Kewangan

Format KKP Perkhemahan Sekolah
1. Pendahuluan
2. Objektif
3. Tema Perkhemahan
4. Tempat
5. Tarikh Perkhemahan
6. Tarikh Perasmian
7. Jumlah Peserta
8. Bayaran Penyertaan
9. Sijil dan Hadiah
10. Jawatankuasa Pengelola
11. Jawatankuasa Kecil Pelaksanaan
12. Jawatankuasa Kecil Aktiviti
13. Anggaran Perbelanjaan
14. Anggaran Pendapatan
15. Atur Cara Aktiviti

Oh...ppsmi

PPSMI...PPSMI...PPSMI... Sekarang ia seperti igauan ngeri bagi sesetengah guru yang mengajar mata pelajaran M3 dan Sains dalam Bahasa Inggeris. Apa tidaknya, kementerian akan 'turun ke sekolah' bagi melihat keberkesanan PPSMI ini.

Difahamkan, mereka akan melihat guru-guru berkenaan berdasarkan Penilaian Tahap Pencapaian PTP yang pernah dibuat 2 kali sebelum ini. Melaluinya, guru-guru yang lulus mendapat 3 / 4 tidak akan dipantau. Manakala kumpulan yang mendapat 1 / 2, tumpuan akan diberikan kepada mereka.

Persoalannya... adakah kumpulan yang mendapat 3 / 4 dapat berkomunikasi dengan murid dalam bahasa Inggeris dengan baik? Dan, adakah dengan berkomunikasi dalam bahasa inggeris ia memberikan markah yang tinggi kepada murid? Dan, adakah kumpulan yang mendapat 1 / 2 akan diberi tindakan oleh kementerian? Dan, bagaimana pula kumpulan yang langsung tidak menduduki peperiksaan lisan itu? Adakah denda ke atas kumpulan ini lebih berat?

Pandangan peribadi saya,

Yang kita mahu tekankan di sini ialah pencapaian murid. Bagaimana kita berfikir mahu memajukan murid denga berbahasa asing, sedangkan kita sendiri tidak tahu menggunakan bahasa tersebut. Menggunakan bahasa malaysia sahaja murid juga tidak dapat mencapai target kita, apatah lagi berbahasa inggeris.

Kalaulah dengan tidak dapat berbahasa inggeri dalam kelas BISP ditarik balik, ambillah balik...

27 April 2009

'Pakai duit cikgu dulu'

Saya terbaca artikel BH (Ahad 26 April 2009: 10-11) yang bertajuk "Guru tertekan dahului wang sendiri tampung aktiviti sekolah". Di sini ada pro dan kontra. Sebagai individu yang penuh berminat dengan aktiviti luar biasanya perkara ini tidak menjadi masalah atau penghalang. Kalau 'pakai duit cikgu dulu, nanti kita ganti' , itu dapat diterima pakai lagi. Maksudnya, guru menggunakan wangnya sendiri sehinggalah pihak sekolah menyediakan kos bagi aktiviti yang ingin diikuti.

Yang jadi keluhan para guru ialah janji 'nanti cikgu claim', tidak dipenuhi. Dari seminggu menjadi sebulan dan adakalanya menjadi setahun. Kalau hal ini didiamkan saja, maka tidak dapatlah kembali wang guru berkenaan. Tahun akan datang dan seterusnya sikap dan tabiat itu akan berulang dan akan dibudayakan dalam komuniti sekolah. GURU akan tetap menjadi mangsa keadaan. Guru akan diminta surat tunjuk sebab kenapa dan mengapa tidak mahu menghantar pasukan atai mengikuti aktiviti yang dianjurkan. Paling yang ditakuti, tindakan tidak menghantar atau mengikuti aktiviti yang dianjurkan akan mengundang masalah baru, DIPINDAHKAN dengan disajikan alsan-alasan yang tidak dapat diterima akal.

Presiden Majlis Pemuafakatan Persatuan Ibu Bapa dan Guru Nasional (PIBGGN), Prof Madya Datuk Dr. Mohammad Ali Hassan berkata adalah menjadi hak guru menolah tanggungjawab itu jika berasaskan ia membebankan serta tidak sanggup melaksanakannya. (BH: Ahad, 26 APRIL 2009:11)

Kenyataan ini akan mengundang pelbagai tafsiran dikalangan guru. Akhirnya, aktiviti tidak dapat dijalankan disebabkan alasan ' ia membebankan serta tidak sanggup melaksanakannya'. Kononnya, mahu tumpukan aktiviti dalam kelas sahaja.

Walau apapun aktiviti atau perkara yang diminta untuk melakukannya, ia berbalik kepada hati kita sendiri. Kalau keinginan ada, maka dapatlah dibuat.

17 April 2009

SPM 95

Hai semua pengemar internet...

Sesiapa saja yang mengetahui anda atau rakan anda lepasan SPM 95 di SMK Balung, sila beritahu mereka tentang blog ini.