27 Mei 2009

Siapakah GURU yang DISENANGI pelajar?

Menurut Noran Fauziah Yaakub dan Ahmad Mahdzan Ayob 'Guru dan Perguruan' (1992), personaliti ialah sifat dalaman yang ada pada diri seseorang. Kamus Dewan Edisi 3: 1025 pula memberi definisi sebagai keperibadian, perwatakan.

Personaliti guru dikatakan antara faktor terpenting yang akan memudah atau menyulitkan proses pengajaran dan pembelajaran (P&P). Ini adalah menurut pendapat sarjana pendidikan. Persoalannya ialah apakah ciri guru yang disenangi pelajar?
  1. Guru Yang Peramah.
  2. Emosi yang terkawal.
  3. Suka kepada kanak-kanak.
  4. Ketekunan.
  5. Komitmen.
  6. Dedikasi.
  7. Gigih.
  8. Persediaan rapi.
  9. Mengajar di luar jadual waktu.

KETUA PENGARAH PELAJARAN (1961- sekarang)


AMINUDDIN BAKI
(1961-1965)





TUN HAMDAN SHEIKH TAHIR
(1966-1976)





TAN SRI MURAD MOHAMMED NOOR
(1976-1985)





TAN SRI DR ABDUL RAHMAN ARSHAD
(1985-1991)





TAN SRI ASIAH ABU SAMAH
(1991-1993)





TAN SRI DR WAN ZAHID MOHD NOORDIN
(1993-1997)






DATUK MATNOR DAIM
(1997-1998



DATUK SERI DR ABDUL SHUKOR ABDULLAH
(1998-2001)




TAN SRI ABDUL RAFIE MAHAT
(2001-2004)






DATUK DR AHAMAD SIPON
(2005-2007)





DATUK ALIMUDDIN MOHD DOM
(2007- sekarang)

25 Mei 2009

Mana hilang beras murah?

Sumber: Kosmo Online

Masalah kekurangan bekalan beras Super Tempatan 15 peratus hancur (ST15) kini bagaikan tiada jalan penyelesaian.

Walaupun sering kali rungutan orang ramai serta pengusaha premis perniagaan, kemelut yang berlaku seolah-olah tidak ada jalan keluar.

Tinjauan Kosmo! di sekitar pasar raya dan kedai runcit di sekitar Lembah Klang, Perak, Pahang, Kedah dan Johor mendapati, bekalan beras jenis ST15 langsung tiada di pasaran.

Bagaimanapun, di Melaka, Pulau Pinang dan Negeri Sembilan pula, bekalan beras itu masih ada tetapi jumlahnya agak terhad dan tidak dapat bertahan lama jika tiada sebarang usaha untuk memastikan bekalannya mencukupi.

Beras ST15 ialah beras tempatan yang mengandungi 15 peratus beras hancur dan ia merupakan beras paling murah di pasaran.

Di KUALA LUMPUR, seorang pengusaha kedai runcit, Syed Mohamad Fazrul Rahman, 24, berkata, permintaan terhadap beras ST15 amat tinggi tetapi bekalannya tidak mencukupi.

Menurut beliau, pembekal hanya menghantar 50 kampit beras ST15 sekali dalam tempoh sebulan dan ia akan licin dalam tempoh tiga hari sahaja.

“Keadaan ekonomi yang teruk sekarang ini menyebabkan orang ramai memilih barang yang murah termasuk beras. Kami sebagai peniaga tak boleh nak buat apa-apa sebab bekalan ST15 hanya dihadkan kepada 50 kampit sahaja,” katanya kepada Kosmo! semalam.

Ini antara sebab beras murah 'hilang':

  1. Pembekal 'mencuri' dari tempat pengagihan. Beras itu kemudian dijual kepada orang perseorangan yang dikenali sahaja. Ini bagi mengelakkan perbuatan mereka dikesan.
  2. Peruncit/pekedai menjual pada saudara mara/kawan/sahabat yang rapat dengan mereka. Jika orang lain menanyakan beras tersebut mereka mengatakan habis.
  3. Peruncit menjual dengan harga tinggi di kawasan luar bandar (pedalaman).
Sebab-sebab di atas bukan menfitnah semata-mata. Ini berlaku sendiri di tempat saya dan saya sendiri mengalaminya.


Melayu Mudah Lupa

Melayu mudah lupa
Melayu mudah lupa
Dulu bangsanya dipijak

Melayu mudah lupa
Dulu bangsanya retak

Melayu mudah lupa
Dulu bangsanya teriak

Melayu mudah lupa
Dulu bangsanya haprak

Melayu mudah lupa
Dulu bangsanya kelas dua

Melayu mudah lupa
Dulu bangsanya hina

Melayu mudah lupa
Dulu bangsanya sengketa

Melayu mudah lupa
Dulu bangsanya derita

Melayu mudah lupa
Dulu bangsanya kerdil

Melayu mudah lupa
Dulu bangsanya terpencil

Melayu mudah lupa

Tiada daulat
Tiada maruah
Tiada bebas

Melayu mudah lupa
Melayu mudah lupa
Melayu mudah lupa

Sejarah bangsanya yang lena
Tanah lahirnya yang merekah berdarah

Ingatlah!
Ingatlah!!
Ingatlah

Wahai bangsaku!
Jangan mudah lupa lagi
Kerana perjuanganmu belum selesai.......

Orang ada berkata, kita semuanya 'MALAYSIAN'. Bermaksud kita semua adalah orang melayu. Tidak kira ia daripada suku apa pun. Fenomenanya sekarang, 'kita' yang menganggap diri kita melayu sering pula bergaduh, bertengkar, memfitnah, mengadu domba, batu api, dan tidak mempercayai sesama sendiri. Mereka yang menganggap diri sebagai 'melayu' tidak akan melakukan perbuatan yang saya senaraikan tadi. Jadi, tidaklah berlaku seperti di Perak, orang melayu bergaduh sesama orang melayu. Cina dan India mana? Mereka tidak akan sesekali campur tangan dalam hal melayu. Tidak campur tangan saya maksudkan di sini termasuklah mereka tidak sesekali komen apa yang berlaku pada orang melayu.

Fikir...fikirkan...

“Perjuangan Belum Selesai”


Sesungguhnya tidak ada yang lebih menyayat hati
Dari melihat bangsaku dijajah
Tidak ada yang lebih menyedihkan
dari membiarkan bangsaku dihina
Air mata tiada ertinya
Sejarah silam tiada maknanya
Sekiranya bangsa tercinta terpinggir
Dipersenda dan dilupakan

Bukan kecil langkah wira bangsa
Para pejuang kemerdekaan
Bagi menegakkan kemuliaan
Dan darjat bangsa
Selangkah bererti mara
Mengharung sejuta dugaan
Biarkan bertatih
asalkan langkah itu yakin dan cermat
bagi memastikan negara
merdeka dan bangsa terpelihara
air mata sengsara
mengiringi setiap langkah bapa-bapa kita

Tugas kita bukan kecil
Kerana mengisi kemerdekaan
Rupanya lebih sukar dari bermandi
Keringat dan darah menuntutnya
Lagi pula apalah ertinya kemerdekaan
Kalau bangsaku asyik mengia
Dan menidakkan,
Mengangguk dan membenarkan,
Kerana sekalipun bangganya negara
kerana makmur dan mewahnya
bangsaku masih melata
dan meminta-minta di negaranya sendiri

Bukan kecil tugas kita
Meneruskan perjuangan kemerdekaan kita
Kerana rupanya selain memerdekakan,
Mengisi kemerdekaan jauh lebih sengsara

Bangsaku bukan kecil hati dan jiwanya
Bukankah sejak zaman berzaman
Mereka menjadi pelaut, pengembara
Malah penakluk terkemuka?
Bukankah mereka sudah mengembangkan sayap
Menjadi pedagang dan peniaga
Selain menjadi ulama dan ilmuwan terbilang?
Bukankah bangsaku pernah mengharung
Samudera menjajah dunia yang tak dikenal
Bukankah mereka pernah menjadi
wira serantau
Yang tidak mengenal erti takut dan kematian?

Tugas kita belum selesai rupanya
Bagi memartabat dan memuliakan bangsa
kerana hanya bangsa yang berjaya
akan sentiasa dihormati
Rupanya masih jauh dan berliku jalan kita
Bukan sekadar memerdeka dan mengisinya
tetapi mengangkat darjat dan kemuliaan
buat selama-lamanya
Hari ini, jalan ini pasti semakin berliku
Kerana masa depan belum menjanjikan syurga
Bagi mereka yang lemah dan mudah kecewa

Perjuangan kita belum selesai
Kerana hanya yang cekal dan tabah
Dapat membina mercu tanda
Bangsanya yang berjaya.

- Tun Dr. Mahathir Mohamad (Malam Puisi Utusan, 4 Mei 1996)

22 Mei 2009

Kepintaran manusia


Mungkinkah kepintaran manusia ini dapat dibanggakan? Atau pun kepintaran manusia ini hanya untuk memdapatkan nama dan gelaran?

13 Mei 2009

SEKOLAH DULU-DULU

oleh FIZA MZ HALIM

  • Pergi sekolah jalan kaki, kalau dapat nombor satu, ubu bapa hadiahkan basikal-rasa hebatlah sedikit.
  • Pukul 5 pagi sudah dikejut ibu dan mandi, alahai, sejuknya air kolah... Sesetengahnya pula, jam 6.59 pagi sudah tercegat di hadapan pintu pagar sekolah!
  • Wang RM5 untuk 1 minggu sudah dikira banyak.
  • Kasut paling glamor: Fung Keong, Bata dan Pallas Jazz...
  • Permainan waktu rehat: Timbang bulu ayam, bola sepak, galah panjang, batu seremban atau jengkek kapal terbang.
  • Tak buat kerja rumah pasti dimarahi cikgu, didenda berdiri di luar kelas sambil junjung buku di kepala. Yang kena marah, tak berani beritahu ibu bapa, takut-takut kena rotan di rumah pula!
  • Tak bawa baju PJ, kena berdiri. Lupa kali kedua, berdiri atas kerusi. Lupa lagi kali ketiga berdiri atas mejalah jawabnya!
  • Paling seronok, hujung minggu tak lekat di rumah. Berkumpul dengan kawan-kawan main pondok-pondok, tuju selipar atau memancing di sungai hujung kampung!
  • Zaman ibu bapa kita pula, dengarnya lebih hebat apabila si ayah yang menghantar anak-anak ke sekolah, dibawa sekali rotan runcing sebagai amanah kepada guru, 'rotanlah anak saya andai dia berbuat salah agar jadi orang berguna...'
  • Guru-guru memang garang, tetapi hatinya baik dan niatnya murni. Sekali cikgu marah, herdik, tengking, pukul dan rotan - pasti ingat sampai bila-bila agar kecuaian sendiri tidak diulangi. Apabila sudah dewasa, kita berasa sangat berterima kasih kepada guru-guru yang mendidik kita menjadi insan berguna kepada keluarga, bangsa masyarakat dan negara. Masakan guru bisa melaksanakan hukuman yang memudaratkan kerana apabila pulang ke rumah, mereka juga adalah ayah atau ibu kepada remaja dan anak kecil yan sedang membesar! Fikir-fikirkanlah...

09 Mei 2009

Lagi...lagi...ppsmi

Berikut respon saya tentang tulisan Fikir Dulu Sebelum Mendukung Biawak Hidup oleh Mohd Isa bin Abd Razak dalam http://mohdisa-abdrazak.blogspot.com. Respon saya dalam tulisan berwarna.

2. Ada banyak sebab mereka ketinggalan. Di sini dikemukakan dua sebab penting. Yang pertama, mereka sibuk. Yang kedua, mereka berpegang pada amalan bahawa semua yang dari atas itu baik. Hal ini sesuai dengan ajaran yang terserap dalam kalbu mereka. Ajaran itu ialah turuti apa-apa sahaja arahan dari atas dan mengangguk-angguk sahaja apabila mendengar suara orang atas.

Sebab 1: Mereka sibuk. Ini benar. Kami guru sekarang amat sibuk dengan tugasan harian seorang guru. Bukan sibuk mengajar dalam bilik darjah TETAPI sibuk melakukan kerja pengkeranian (Insya-Allah, saya akan cuba senaraikan kerja pengkeranin oleh guru). Akibatnya murid tercicir.

Sebab 2: Mereka berpegang pada amalan bahawa semua yang dari atas itu baik. Saya tidak setuju. Saya berikan situasinya seperti ini. Seorang pegawai berjawatan Nazir menyelia sebuah sekolah. Tidak lama kemudian, beliau pencen dan masih dapat berkhidmat semula di sekolah di mana beliau pernah selia dahulu. Apabila ditanya oleh guru di sekolah berkenaan kenapa beliau masuk ke kelas dengan sebatang kapur dan sebuah buku sahaja, sedangkankan KPM tidak mengalakkannya (disarankan bawa BBM). Belaiu menjawab "itu dulu. Kalau tidak tegur kamu, saya yang kena nanti".

4. Memang ada orang menyokong sesuatu dasar secara sembarangan. Ada juga orang menyokong sesuatu dasar kerana kepentingan diri. Tidak kurang pula orang menyokong sesuatu dasar kerana takut. Persoalannya, adakah orang muda yang akan bergelar guru termasuk dalam golongan penakut?

Ramai yang penakut daripada berkata benar. Kenapa mereka takut? SEBAB takut guru besar akan pindahkan ke pedalaman. Dan, markah Sasaran Kerja Tahunan SKT akan rendah. Bila rendah x dapatlah dianugerahkan Khidmat Cemerlang.

Kalau murid lulus M3 dan Sains, mereka dikatakan bagus dalam mata pelajaran berkenaan. Tetapi kalau sebaliknya, guru dikatakan tidak mengajar subjek tersebut dalam BI. Dengan erti kata lain, guru tidak menjalankan PPSMI.

Bermula dengan PPSMI, berlanjutan pula kepada Penilaian Tahap Pencapaian (PTP) ke atas semua guru m3 dan Sains yang tidak kredit BI dalam SPM mereka. Kementerian bertungkus-lumus mencari mereka yang lulus, gagal dan tidak menduduki penilaian itu. Yang lulus, tahniah. Yang gagal, diberikan modul mengikut peringkat kelulusan mereka (beginner, intermedite, expert). Tahun akan datang, mereka perlu duduk sekali lagi bagi menilai hasil pembelajaran memalui modul tersebut. Yang tidak duduk PTP? Tunggu masa dipantau (mungkin dimarah, ditegur, ambil tindakan atau sebaginya) Golongan ini mempunyai alasan masing-masing kenapa tidak menduduki PTP? Antaranya: Pertama: tidak nampak relevannya kalau lulus PTP guru dapat berkomunikasi dengan murid dalam BI dengan lancar dan baik. Yang akhirnya murid dapat LULUS dengan cemerlang. Kedua: tidak sanggup jadi Pak Kadok. Yang mengiyakan semua tindakan orang dari atas. Kalau tidak tahu apa itu PPSMI, baik jangan jalankan.

Akhir kalam, untuk menjadikan murid cemerlang banyak cara dan kaedah. Tidak semestinya dengan berbahasa inggeris murid dapat cemerlang. Dalam M3, pengguasaan yang lemah dalam konsep akan melemahkan keseluruhan tajuk berkenaan. Contoh: murid lemah dalam konsep tambah, berilah mereka tajuk apapun dalam pengoperasian tambah, jawapannya tetap SALAH.

08 Mei 2009

Bacalah Anakku

Membaca adalah amalan mulia. Itulah kata-kata yang sering kita dengar sejak kecil lagi. Kanak-kanak yang diajar untuk membaca sejak kecil lagi amat baik bagi perkembangan mereka. Alhamdullilah, saya melihat buktinya melalui anak saya yang baru berusia 4 tahun.

Saya memperkenalkan buku SIRI CEPAT MEMBACA "Bacalah Anakku" hasil tulisan Nik Eliani Nik Nawi dan Othman Ahamad. Buku ini mempunyai 8 siri. Yang mengembirakan saya serta isteri saya adalah baru 5 bulan 2 hari, anak saya telah membaca dengan baik sehingga buku siri ke-6.

Yang saya ingin tekan di sini bahawa buku ini memang sesuai untuk anak-anak yang baru belajar membaca. Buku SIRI CEPAT MEMBACA ini tidak menekankan anak-anak untuk mengenal huruf TETAPI mereka ditekankan untuk mengenal bunyi huruf.

Sesiapa yang ingin mendapatkannya, sila layari : http://www.readnetwork.com/

LAGU TEMA HARI GURU 2009

LAGU TEMA HARI GURU 2009

GURU PEMBINA NEGARA BANGSA

Bersedia melangkah megah
Walaupun sukar baktiku curah
Demi mu ibu pertiwi
Sumpah ku lafaz janji kukota

Berikrar eratkan bangsa
Kukuhkan cinta kepada Negara
Berjasa terus berjasa
Menyebarkan ilmu tiada batasnya

Guru Pembina Negara Bangsa
Gagah perjuangkan visi Negara
Bangunkan jiwa yang pelbagai rupa
Demi agama dan nusa tercinta

Guru Pembina Negara Bangsa
Tetap Unggul senadakan suara
Sehaluan menggapai matlamatnya
Cemerlang dan gemilangkan Malaysia


Pencipta Lagu : Khairulrizam bin Khalid
Pencipta Lirik : Ili Nurbahirah bt Baharudin
Pengubah Muzik : Marzuki bin T

07 Mei 2009

Cukai: Suatu Yang Kabur

Cukai Pendapatan yang ditambahbaik sekarang memberi kemudahan kepada lebih 1 juta pelayar e-filling. Dengan kemudahan ini, orang ramai tidak perlu lagi menunggu borang cukai pendapatan yang belum tentu lagi mereka akan mendapatnya. Dan juga orang ramai tidak perlu berbaris di pejabat/urusetia LHDN.

Namun, yang menjadi agenda saya di sini ialah penyata gaji tahunan yang sering lewat diberikan kepada pekerja. Kita ambil contoh seperti ini. Tarikh tutup e-filling adalah 30 April. Penyata tahunan sampai ke tangan pekerja 1 minggu atau 2 minggu sebelum tarikh tutup tersebut.

Keadaan ini mendatangkan masalah untuk menghantar e-filling kerana masa yang ada cuma 2 minggu sahaja. Tidak diambil kira kesesakan dalam talian maya LHDN itu sendiri. Akhirnya, ada pekerja yang mengambil jalan dengan mengira sendiri gaji tahunan bagi mengisi e-filling tersebut.

Dengan tindakan majikan yang melambatkan penyata gaji tahunan diberikan kepada anak buah, dan anak buah mengisinya dengan mencongak gaji tahunan mereka, belum tentu ia akan dapat memberikan apa yang LHDN mahukan.

Begitu juga tindakan majikan yang 'terlupa' membuat Pembayaran Cukai Berjadual (PCB) kepada anak buahnya. PCB ini perlu diberitahu oleh majikan bagi membolehkan anak buahnya mengisi e-filling dengan betul dan teratur

Ada orang mengatakan, kita sebagai anak buah seperti "mentimun". Mengelek kita kena juga, digelek pun kita kena juga.

Fikir...fikirkanlah.

Menjilat Muntah Sendiri

Diperolehi daripada : http://ehsanhalim.blogspot.com/

Artikel asal : http://kayumanis.blogspot.com/

Bismillahirrahmanirrahim

Pernah tak anda jumpa ada makhluk yang selepas dia muntah, dia jilat balik muntah dia? Pernah?

Mungkin sebahagian dari anda x pernah. Kalau ada la makhluk yang memang makan muntah dia sendiri, agak-agak dia dari jenis makhluk Allah yang mana? Jin? Manusia? Iblis? Ikut suka anda nak pilih yang mana.

Cuma kali ini saya nak berkongsi dengan anda. Pengalaman saya. Berjumpa dengan sejenis makhluk Allah yang menjilat muntah dia sendiri. Boleh bayangkan? Muntah busuk lagi memualkan yang keluar dari mulut kemudian jatuh ke tanah akhirnya dijilatnya kembali. Ditonyohnya mukanya ke tanah untuk menjilat muntah tersebut. Kelihatan sangat hina dan menjijikkan. Anda boleh bayangkan betapa buruk dan hodohnya muka dia apabila dipenuhi dengan kotoran debu tanah dan muntah selepas selesai menjilat muntahnya sendiri. Dahsyat bukan? Betapa hinanya. Pertama kali saya jumpa makhluk tersebut.

Makhluk yang saya jumpa tersebut adalah dari jenis makhluk Allah yang bernama manusia. Dari apa yang saya gambarkan di atas mungkin kelihatan terlalu dahsyat untuk dilakukan oleh seorang manusia. Sebenarnya ia adalah metafora saya. Bagi menggambarkan peribadi manusia yang menghinakan dirinya sendiri. Saya ulangi ”menghinakan dirinya sendiri”. Bukan orang lain yang hina dirinya, tapi dia sendiri yang menghinakan diri dia. Dulu dia kata benda tu buruk, tapi sekarang dia sendiri yang buat benda buruk yang dikatakan tu. Malang bukan. Itulah yang saya maksudkan dia menghinakan dirinya sendiri dan itulah juga yang saya umpamakan dengan satu makhluk yang memuntahkan isi perutnya, kemudian akhirnya dijilatnya kembali. Sesungguhnya dia benar-benar menghinakan dirinya sendiri.

Pernah anda jumpa manusia seperti itu? Kasihan bukan? Itulah ujian Allah untuk dirinya.

Saya pernah jumpa dengan manusia seperti itu. Dia kawan dan sahabat saya. Benar-benar kawan dan sahabat. Biarlah saya namakan dia ’A’ dalam tulisan ini. Lelaki atau perempuan terpulang pada anda untuk memberikan wataknya. Saya hanya namanya sebagai A.

Kisahnya begini. Dulu saya dan A selalu berbicang. Berkenaan dengan masalah couple dan maksiat yang rakan-rakan lain sering lakukan. Kami memang membenci maksiat dan couple yang mereka lakukan. Muka-muka yang selalu bercouple memang kami cuba kenal pasti. Kami tidak membenci mereka, tapi kami hanya membenci perbuatan maksiat yang mereka lakukan itu. Setiap kali kami membincangkan perkara maksiat yang kawan-kawan kami lakukan, kami tanamkan di hati bahawa kami ingin diri dia. Bukan seronok-seronok membicarakan keburukan orang. A sangat faham perkara ini. Begitu juga saya. Niat kami hnya satu, untuk bawa mereka kembali ke pada Allah. Kami benci maksiat kerana Allah membenci maksiat.

Saya teringat satu kisah. Satu hari A, bagitau saya. Katanya ada seorang kawan kami bercouple. Biar saya namakan kawan yang bercouple tu dengan nama B. Lelaki atau perempuan terpulang pada anda untuk memberikan wataknya.

Bila A beritahu saya B bercouple, saya terkejut. Saya tak sangka. Memang tak sangka. Sebab tengok dari perwatakan B memang tak bawa watak budak couple. Malah dia juga pernah menentang budaya couple ni. Tapi sekarang dia pula yang bercouple. Saya bingung. Saya istighfar menginsafi diri dan berta’awuz memohon perlindungan kepada Allah dari godaan syaitan yang direjam. Hati saya bergetar bimbang dan berdebar. Takut-takut Allah bolak balikkan hati saya seperti hati B.

Kata A, B memang bercouple. Mereka selalu ber’SMS’. Ber’SMS’ dengan pasangannya. Pagi petang siang malam. Dalam mimpi dalam jaga. Kerap sangat. Berdasarkan dari pengalaman saya membaca msg orang yang bercouple, ia ada pelbagai versi. Bagi pasangan couple yang takda asas agama, SMS mereka biasanya berunsur seks, benda remeh-temeh(cth: dah makan blm?or gud nite) dan lain-lain. Manakala bagi pasangan couple yang islamik, SMS mereka biasanya berunsur nasihat (cth, semoga ana menjadi suami misali untuk anti, or semoga ana blh menjadi teman seperjuangan anta), kata-kata pendorong semangat dan lain-lain. Tapi semua itu ada niat terselindung. Makar syaitan menjadikan sesuatu yang buruk itu indah bagi mereka. Syaitan sangat licik. Bagi yang Islamik syaitan sesatkan mereka dengan cara ber SMS ’cara islamik.’

Saya dan A cuba nasihati B supaya jangan ada apa-apa hubungan dengan berlainan jantina selagi tiada ikatan pernikahan. B degil. Dia tetap nak ada hubungan juga. Kata B dia tak buat apa-apa pun dengan budak yang dia SMS tu, hanya sekadar SMS. Saya memang akui kebenaran kata-kata B. Mereka hanya SMS.Tidak pernah bersua muka. Tidak pernah berdating.

Namun, bila ditanya pada B, apa content SMS dia setiap kali dia hantar pada pasangannya. B kata, hanya kata-kata semangat, bertanya khabar dan nasihat. Nampaknya semua ni bukanlah bersifat keperluan. Tapi kalau SMS sebab nak tanya tugasan akademik misalnya, itu takda masalah.

A menggeleng kepala tanda kecewa kepada B.

”Bukankah Islam melarang lelaki dan perempuan tanpa ikatan syarak bermesra-mesraan seperti sudah bersuami isteri?” tanya A kepada B.

B hanya mendiam diri. Memasam muka tanda protes. B memang degil. Hatinya sudah keras untuk menerima nasihat.


”(dengan sebab keingkaran mereka), Allah MENGUNCI HATI serta pendengaran mereka, dan pada penglihatan mereka telah tertutup dan bagi mereka pula disediakan azab seksa Yang amat besar.” (al-Baqarah: ayat 7)



Saya dan A membiarkan B. Mudah-mudahan dia boleh berubah. Bagi kami respon B itu perkara biasa. Memang kebanyakkan mereka yang bercouple akan sukar menerima nasihat. Mereka telah mabuk. Mabuk cinta. Orang mabuk memang tidak pernah faham nasihat orang.

Saya dan A masih meneruskan usaha. Melakukan amar maaruf nahi mungkar. Mencegah couple. A sangat tegas mencegah couple. Marah betul dia bila dia tahu ada rakan-rakan yang bercouple. Tambah-tambah yang keluar berdating. A sangat pantang! Setiap kali dia dapat maklumat baru pasal gejala couple. Dia akan maklumkan pada saya.

Namun, tidak beberapa lama kemudian, A mendiam diri. Dah lama dia tidak sentuh masalah couple. Saya agak pelik.

Rupa-rupanya saya mendapat tahu A sedang bercouple. Dia juga ada hubungan berlainan jantina.

Saya terkejut. Kenapa boleh jadi begini? Dulu dia menentang couple, tapi sekarang dia pula yang bercouple. Dulu macam-macam keburukan bercouple keluar dari mulutnya apabila menasihati orang tapi sekarang dia sendiri buat apa yang dikatakan. Nampaknya dia menjilat semula apa yang telah dimuntahkan.

Dulu A pernah beritahu saya, zina itu boleh bermula dari beberapa step. Step pertama dari pandangan mata, kedua mereka berSMS, ketiga mereka caling-caling, keempat mereka sekadar berjumpa, kemudian keluar bersama, kemudian…

Tapi sekarang A sendiri yang buat step-step tu. Semasa saya tahu A bercouple, A sudah melakukan step keempat. Dia sudah berjumpa-jumpa dengan pasangan dia. Menjalankan hubungan intim. Ah, A memang sedang mencelakakan dirinya. Adakah A tidak tahu perbuatannya itu dilarang dalam Islam? Adakah dia sudah lupa nasihat-nasihat yang pernah dia berikan pada mereka yang bercouple satu ketika dulu? Hati saya panas.

Patutkah kamu menyuruh manusia supaya berbuat kebaikan sedang kamu lupa akan diri kamu sendiri; padahal kamu semua membaca Kitab Allah, tidakkah kamu berakal? (al-Baqarah:ayat 44)

Saya jadi risau. Beristighfar panjang. Memohon ampun kepada Allah atas dosa yang pernah saya lakukan. Persoalan timbul di fikiran saya:



KENAPA ORANG YANG PERNAH MENENTANG COUPLE SEPERTI A DAN B, AKHIRNYA MEREKA SENDIRI YANG BERCOUPLE?



Mungkin mereka buat dengan tidak ikhlas. Mungkin buat sekadar seronok membicarakan keaiban orang atau buat kerana nafsu marah.Bukan kerana Allah.

Saya jadi risau. Saya juga menentang budaya couple. Adakah saya bakal senasib dengan A dan B? Dulu kononnya saya sangat benci dengan couple tapi akhirnya saya yang bercouple? Na’uzubillah. Tak sanggup rasanya untuk menjilat semula ’muntah-muntah’ dulu.

Jika satu hari nanti Allah uji saya dengan ujian seperti A dan B, harap anda yang membaca blog ini segera nasihatkan saya. Ingat nasihatkan. Nasihatkan. Bahkan jika anda adalah individu yang saya cuba couple. Maka janganlah diterima. Ingatkan saya pada artikel yang saya tulis.

Kepada anda yang membaca tulisan ini, jika anda terasa berada pada posisi yang sama dengan A, kembalilah kepada Allah. Sesungguhnya anda telah ditipu nafsu dan syaitan. Sesungguhnya kecelakaan besar menanti anda di Mahkamah Allah jika anda tidak berubah. Bertakwalah kita kepada Allah.



Ketika belenggu dan rantai dipasung di leher mereka, sambil mereka, diseret. Ke dalam air panas yang menggelegak kemudian mereka dibakar dalam api neraka. (Al-Mukmin:Ayat 71-71)



Pada B, jangan terlalu degil. Fikirlah dengan disuluhi cahaya iman dan taqwa. Dunia hanya sementara. Jika ada insan-insan yang masih menasihati anda supaya jangan bercouple, terimalah. Semoga anda jumpa jalan pulang.

-Segala apa yang ditulis ini adalah rekaan semata-mata tetapi ada kaitan dengan yang masih hidup dan tiada kaitan dengan yang telah meninggal dunia. Tulisan ini adalah dari pengalaman penulis masa muda-muda dulu era 90an.

Kerani atau Cikgu

Tugas seorang cikgu sekarang semakin mencabar fizikal dan mental. Apa tidaknya, pagi pergi sekolah, petang juga pergi sekolah. Malah, ada juga sebelah malam pergi sekolah.

Kalau dihitung, sabtu juga pergi SEKOLAH. Hujung minggu? Ada juga pergi sekolah sebab PIBG adakan mesyuarat.

Kerja-kerja di sekolah bukan saja mengajar dalam kelas, TAPI kerja pengkeranian CIKGU buat. Malahan, cikgu MESTI pandai buat. Antaranya, memasukkan data PLBS, PEKA, PAFA, SSM, BMM, buku adab belajar (kerja Majlis Guru Besar), RMT, KWAMP.

Ini tidaklah termasuk kerja melatih murid/pelajar yang kononnya PPD mahu wakil sekolah tersebut. Yang jadi masalahnya surat/panggilan telefon 3 / 4 sebelum pertandingan. Kelam-kabut cikgu besar mengarahkan cikgu kecil melatih. Sebab takut mahu jawab dengan PPD kalau tidak hantar.

Dengan erti kata lain, kelas akan tinggal tanpa ada guru pengganti. Siapa mahu ganti? Masa rehat cikgu tu hanya 1 jam saja, Selepas itu, ada kelas lain lagi yang perlu cikgu itu masuk.

Pendek kata, masa guru bukan dalam kelas untuk mengajar TETAPI membuat kerja pengkeranian.