22 Jun 2009

Projek Mi Segera di Lahad Datu..?

Catatan diperolehi daripada : http://www.sabahdaily.com/2009/06/projek-mi-segera-di-lahad-datu/

WALAUPUN Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Panglima Mohd Najib Tun Abduk Razak memberi jaminan bahawa tidak ada lagi projek ‘mi segera’ dipraktikkan, namun Majlis Amanah Rakyat (MARA) daerah Lahad Datu gagal memahami program pembangunan 1Malaysia yang dicetuskan Najib.

“Mara bukan sahaja mendirikan projek kilat ala ‘mi segera’ malah projek ini adalah projek haram yang tidak mendapat kelulusan pihak berkuasa tempatan. Projek ini dibina di atas formasi Lebuh raya Lahad Datu Sandakan yang akn dinaiktaraf sebagai jalan berkembar,” ujar Ketua Cabang Parti Keadilan Rakyat (PKR) Lahad Datu, Johani Abdul Halim yang membawa krew sabahkini.net melawat lokasi projek mi segera bernilai RM50,000.

Pembinaan gerai ini, kata Johani, tidak mendapat kelulusan Majlis daerah Lahad Datu kerana tidak menepati piawaian yang ditetapkan iaitu gerai mudah alih dan bukannya gerai tetap seperti yang dibina di atas formasi jalan.

Akibatnya, program awal mengalakkan masyarakat kurang bernasib baik berniaga secara kecil-kecilan hanya menjadi igauan ngeri mereka kerana telah membeli segala peralatan yang diperlukan untuk memulakan perniagaan, sebaliknya belum dapat berniaga sejak beberapa bulan lalu.

“Bukankah ini menyiksa masyarakat kerana peruntukan yang disediakan untuk membina gerai ini hanya mengenyangkan kontraktor dan pihak yang memohon projek ini sedangkan bakal peniaga yang menanggung derita,” ujar Johani yang memberitahu para peniaga datang mengadu kepada beliau berhubung larangan Majlis Daerah Lahad Datu.

Kata Johani lagi, gerai tersebut kini dijadikan garaj letak kereta sedangkan peniaga kerugian setiap hari kerana ada di antara mereka membuat pinjaman dengan ceti haram dan usahamaju untuk memulakan perniagan yang belum bermula sehingga kini.

Menurut Johani, kerajaan Barisan Nasional membazirkan wang rakyat untuk membina jalan raya di kawasan persendirian dan bangunan di kawasan milik peribadi yang belum diwakafkan atau diserahkan kepada kerajaan untuk dijadikan tanah rizab.

“Lebih RM10 juta telah dibelanjakan secara membazir di daerah ini sama ada melalui sistem cabutan berkomputer atau sebutharga terbuka,” kata Johani yang mengakui mempunyai bank data projek mi segera yang telah dilaksanakan tetapi tidak memberi manfaat kepada rakyat. -Sabahkini

17 Jun 2009

Guru Moral paksa seks oral, bogel

Oleh Misiah Taib
misiah@bharian.com.my

Rakam foto, 4 murid jadi mangsa

KUCHING: Harapkan pagar, pagar makan padi. Demikian yang berlaku di sebuah sekolah rendah di luar bandar di Sebauh dalam Bahagian Bintulu, apabila guru yang mengajar subjek Pendidikan Moral dilaporkan memaksa seorang murid Tahun Empat melakukan seks oral terhadapnya.

Guru itu juga dilaporkan memaksa tiga lagi murid perempuan, seorang Tahun Empat dan dua Tahun Dua berbogel sebelum merakam gambar mereka.

Guru berusia 24 tahun itu melakukan perbuatan itu beberapa kali antara 12 Mei hingga 20 Mei lalu di bilik Kemahiran Hidup sekolah berkenaan.

Guru sama juga yang dikatakan baru berpindah ke sekolah itu awal tahun ini, turut mengajar subjek Kajian Tempatan, Pendidikan Jasmani dan Pendidikan Kesihatan.

Laporan polis hanya dibuat kelmarin selepas murid terbabit yang tinggal di asrama menceritakan kejadian itu kepada guru.

Berikutan itu polis menahan guru terbabit petang semalam untuk siasatan lanjut, manakala murid terbabit dibawa untuk pemeriksaan perubatan.

Pengarah Pelajaran Sarawak, Dr Julaihi Bujang, berkata beliau sudah menerima laporan awal daripada Pejabat Pelajaran Daerah Bintulu dan pegawai dari Ibu pejabat di sini akan dihantar ke Bintulu hari ini untuk menjalankan siasatan dalaman.

“Jabatan tidak bertolak ansur dalam kes kakitangan atau guru terbabit gangguan seksual terhadap pelajar. Mereka akan dibuang kerja sebaik didapati bersalah,” katanya.

Beliau berkata, pegawai pelajaran daerah juga mengambil keterangan empat murid terbabit.

“Berkuat kuasa pagi semalam juga guru terbabit ditugaskan ke Pejabat Pelajaran Daerah Bintulu kerana bimbang mengganggu siasatan, namun petang semalam, Ibu pejabat Polis Sarawak mengeluarkan arahan menahannya,” katanya.

Beliau berkata, kes seperti itu adalah terpencil dengan majoriti 38,000 guru di Sarawak yang lebih bertanggungjawab.

Sementara itu, Timbalan Pesuruhjaya Polis Kontijen Sarawak, SAC1 Datuk Hamza Taib mengesahkan polis menerima laporan dan siasatan masih dijalankan.

Berita Harian Online: 17 Jun 2009

Suara Hati Seorang guru Sekolah

Catatan ini saya petik dari http://marni-ameera.blogspot.com/

Seorang guru yang menemani saya berbual sambil menunggu giliran berurusan di sebuah bank mengeluh panjang apabila sesi ‘sembang-sembang’ kami menyentuh isu dasar dan sistem pendidikan.

Katanya, sistem pendidikan di Tanah Melayu ini semakin mencabar kewibawaan guru-guru. Dasar dan sistem dirombak serta diubah suai setiap kali pucuk pimpinan bertukar tangan.

Malangnya, jika sistem atau dasar yang diperkenalkan itu gagal, guru dan pelajarlah yang bakal dijadikan mangsa untuk mereka melemparkan segala beban kesilapan.

Pelajar akan dikatakan tidak berdaya saing, kurang tumpuan dan kurang usaha. Guru pula akan dikatakan tidak cukup latihan, kurang pendedahan, perlu lebih fokus di samping perlu menghadiri kursus demi kursus bagi memantapkan kebolehan mereka mengajar.

Katanya lagi, tidak pula pihak berkenaan berusaha mengkaji kesilapan dasar atau ketetapan yang telah mereka ambil. Hampir tidak pernah juga mereka mengakui sesebuah dasar itu gagal biarpun hakikat kegagalan tersebut jelas kelihatan.

Sambil mengeluh, beliau berkata “Kami bukanlah golongan yang ‘didengari’ oleh mereka. Kami adalah golongan yang hanya boleh menerima arahan dan melaksanakannya”.

Justeru beliau sangat berterima kasih kepada pihak yang sudi memperjuangkan isu berkaitan perguruan dan pendidikan di Tanah Melayu ini.

Apabila saya bertanya pendapatnya tentang PPSMI, dengan yakin beliau menjawab, “Satu kesilapan baru tidak akan dapat menutup kesilapan lama dan saya yakin PPSMI tidak akan dimansuhkan sepenuhnya”.

12 Jun 2009

Bahasa Inggeris MESTI lulus?

Catatan berbahasa inggeris ini saya perolehi daripada sebuah blog melalui rakan blog saya yang lain. Catatan penuh sila klik di sini.

When I read yesterday about the DPM's desire to make English a must pass subject at the SPM level, I thought, I should not comment yet. Lets listen to what others have to say. Then I thought, "Oh, what the heck".

I have been a teacher of English language since 1977. I have taught in various non-elite schools for the pass 32 years. When I first taught English we used the structural syllabus then we used the communicative syllabus.

I have seen the standard of English deteriorate from year to year. I had all the time wondered, with this deterioration, where would we be able to find competent teachers of the English language to teach the subject? As it is right now, we still have teachers from the old school teaching English but, we, meaning yours sincerely included, are now in our mid-fifties.

Let me relate one experience. A few years back, I was in the canteen and in came a trainee. I struck up a conversation with him and found that his English was passable for conversation sake. So what's the big deal? Don't all young ones, or most of them, speak less than perfect English?

The answer is yes. So no big deal here but it became a big deal to me on that day when the teacher told me that his option was English. Now here you have someone who spoke foul English, a mere 8 weeks short of his posting as an English teacher.....