04 Ogos 2009

Bacalah Anakku siri 4

Kaedah Am Pengajaran

Dua aspek penting dalam kejayaan membaca ialah (1) ingatan penglihatan (visual memory) dan (2) ingatan pendengaran (auditory memory). Kaedah mengajar Bacalah Anakku menekan dua aspek ini iaitu penguasaan pengamatan penglihatan dan pengamatan pendengaran. Beberapa cadangan teknik mengajar berikut InsyaAllah dapt membantu anda mengajar dengan baik.

Teknik Asosiasi

Untuk memudahkan anak-anak mengingat bunyi-bunyi huruf dengan lebih cepat dan kekal satu aksi yang dapat dikaitkan dengan bunyi huruf tersebut dilakonkan. Pastikan anda melakonkan aksi tersebut bersama dengan bunyi yang berkaitan.

a
melakonkan orang yang terkaena api yang panas sambil menjerit 'aaaaaaaaaaa...panasnya'

i
menggeletek pinggang sambil menyebut 'iiiiii...geli'

u
membuat pergerakan ulat dengan jari di atas lengan sambil membunyikan 'uuuuu...ulat'

b
membawa kereta buruk dengan bunyi 'bbbbb'

m
menggosok perut sambil menyebut 'mmmm...sedap'

n
membawa kereta laju dengan bunyi 'nnnnn'

k
ketawa berdekah-dekah

s
membuat bentuk ular dan membunyikan 'sssssss'

t
memeluk tubuh sambil menggeletar kesejukan dan menyebut 'ttttt...sejuknya'

c
menggerakkan lengan seperti galang roda keretapi dan membunyikan 'c...c...c...c...c...c'

p
berlawan pedang sambil membunyikan bunyi 'pp...pp...pp'

y
membuat pergerakan mainan yo-yo yang bergerak ke atas ke bawah dan menyebut bunyi 'yyyy...yoyo'

d
memegang dagu dan menyebut 'ddddd...dagu'

g
membuat muka geram dan bunyi 'ggggg...geram'

l
menggerakkan jari seperti konduktor lagu dan menyanyikan lagu 'la...la...la...la'

r
menggunakan jari menjadi gagang telefon dan membunyikan bunyi telefon 'rrring...rrring'

h
berlari setempat dan kemudiannya tercungap-cungap letih dengan bunyi 'hhhhh'

j
menudingkan jari dan meggerakkan dan menyebut 'jjjj...jai'

bersambung...InsyaAllah.

02 Ogos 2009

Bacalah Anakku siri 3

Panduan menyebut bunyi (Fonik) huruf

Bunyi huruf vokal

a
seperti dalam api
i seperti dalam ikan
u seperti dalam ubat
e (e taling) ekor
e (e pepet) emas
o seperti dalam otak

Bunyi huruf konsonan

Bunyi berikut disebut seperti dieja dengan bacaan e pepet

b /beh/
d /deh/
m /em/
g
/geh/
n /en/
l /el/
k /keh/
r
/rrr/
h /heh/
t /teh/
j /jeh/
c /ceh/
w /weh/
p /peh/
f
/feh/
y /yeh/
z /zzz/

Diagraf

ng /eng/
ny /nyeh/
sy /syhh/
kh
/kheh/

Diftong

au
ai
ia
iu
ua
ui
io


Huruf yang tidak diperkenalkan

q /qeh/
x
/ks/
v
/veh/

Tangguh peperiksaan pilihan terakhir

Oleh HELMI MOHD. FOAD
pengarang@utusan.com.my

PUTRAJAYA 1 Ogos – Keputusan menangguhkan empat peperiksaan awam hanya akan menjadi pilihan terakhir sekiranya wabak selesema babi atau influenza A (H1N1) merebak ke seluruh negara.

Sehubungan itu, Ketua Pengarah Pelajaran, Tan Sri Alimuddin Mohd. Dom berkata, pihaknya akan membawakan perkara itu dalam mesyuarat H1N1 peringkat kebangsaan yang dipengerusikan oleh Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin, Selasa ini.

‘‘Saya akan bawa perkara ini untuk dibincangkan dalam mesyuarat tersebut, tetapi kita doakan dalam bulan Ogos, keadaan akan pulih dan tidak mengganggu peperiksaan.

‘‘Kita berasa bimbang kerana ada empat peperiksaan awam, kalau keadaan bertambah buruk, ini akan menjejaskan peperiksaan,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita pada majlis penutup Bulan Kecergasan dan Kementerian Pelajaran-Putrajaya Big Walk di Dataran Putrajaya di sini hari ini.

Seramai 8,000 pelajar dari seluruh negara termasuk Sabah dan Sarawak menyertai program tersebut.

Berdasarkan takwim yang disediakan Kementerian Pelajaran, Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) diadakan pada 8 hingga 10 September ini, manakala Penilaian Menengah Rendah (PMR) dari 7 hingga 9 Oktober dan 12 hingga 13 Oktober ini.

Peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) berlangsung pada 20 hingga 22 Oktober dan 26 hingga 27 Oktober dan ujian bertulis (19 November-16 Disember).

Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM) pula akan diadakan pada 19 hingga 21 Oktober.

Majlis Peperiksaan Malaysia pula menetapkan peperiksaan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) pada 18 November hingga 10 Disember ini.

Menurut Alimuddin, kementerian juga akan mengadakan perbincangan dengan Kementerian Kesihatan bagi membolehkan para pelajar yang dijangkiti H1N1 dapat mengambil peperiksaan di hospital.

‘‘Kalau tidak ramai, kita boleh adakan peperiksaan di hospital seperti kita lakukan jika ada pelajar mengalami kemalangan atau sakit teruk.

‘‘Buat masa ini, keadaan terkawal dan hospital mampu mengendalikannya,” katanya.

Bagaimanapun, jelas Alimuddin, pihaknya akan mengadakan perbincangan terperinci dengan Majlis Keselamatan Negara (MKN) dan Kementerian Kesihatan tentang langkah yang perlu dilakukan sekiranya wabak itu menyerang seluruh negara.

Tambahnya, setakat ini, kementerian telah mengarahkan aktiviti besar-besaran melibatkan pelajar dikurangkan, manakala program ke luar negara hanya dibenarkan jika ia melibatkan kes-kes tertentu.

‘‘Itu pun dengan syarat, mereka wajib mengambil vaksin dan mengelakkan diri dari kawasan orang ramai serta segera berjumpa doktor sebaik pulang ke tanah air apabila mendapati terdapat tanda-tanda selesema,” katanya.

Menjelaskan langkah pencegahan yang diambil kementerian, beliau berkata, pekeliling telah dikeluarkan kepada semua sekolah tentang keperluan menjaga kebersihan di persekitaran sekolah.

‘‘Kita galakkan pengetua dan guru besar mengambil tindakan sendiri sekiranya pelajar memerlukan bantuan.

‘‘Apabila pelajar mengalami selesema, demam dan batuk, mereka perlu segera dihantar ke hospital,” katanya.

Utusan Malaysia Online: 2 Ogos 2009