22 Oktober 2011

HUKUM PHOTOGRAPHY ... BIAR ADE BEZA PHOTOG MUSLIM DAN BUKAN MUSLIM !!

1) Adakah dibolehkan saya mengambil gambar pengantin perempuan yang sedang disolekkan yang tidak menutup rambut kerana ia diminta oleh pengantin perempuan?

Jawapan: Mengikut Dr. Yusof Al-Qaradhawi, walaupun fotografi harus hukumnya, tapi hukumnya bergantung kepada objek fotografi atau objek yang di ambil oleh jurugambar itu. Jika gambar yang diambil adalah gambar bogel, maka ketika itu hukum fotografi adalah haram. Begitu juga gambar perempuan yang membuka auratnya. Hukum yang kedua, hukum melihat aurat perempuan tanpa keperluan yang darurat (seperti perubatan bagi seorang doktor), maka hukumnya adalah haram. Maka hukum anda mengambil gambar-gambar perempuan yang mendedahkan aurat adalah haram hukumnya. Permintaan pelanggan bukanlah alasan untuk mengharuskan yang haram.

2) Apakah rezeki yang saya terima dari mengambil gambar pengantin sedang disolekkan ini halal?

Jawapan: Tidak halal. Ini kerana mengikut kaedah fiqh, “Al hukum bil wasilah hukmu bil maqosyid” (hukum bagi wasilah adalah hukum dari maksud), ia datang dari kaedah fiqih, “Ma haruma isti’maaluh, haruma ittikhaazuh” (yang haram penggunaannya, haram pula memperolehinya) (Muhamamd al-Zarqa’, syarah qawaid/389).

3) Bagaimana pula dengan hasil rezeki gambar-gambar pengantin perempuan yang menutup aurat penuh? Adakah rezeki yang diterima itu halal?

Jawapan: Halal. Ia kembali kepada hukum asal fotografi adalah harus dan harus pula rezeki dari foto-foto yang halal.

4) Bolehkan saya menolak jumlah wang gambar pengantin perempuan yang tidak menutup aurat ini daripada keseluruhan wang hasil gambar perkahwinannya? Maknanya saya hanya memakan hasil gambar yang diambil pengantin wanita yang menutup aurat sahaja (memberikan hasil ini sebagai rezeki keluarga) dan hasil gambar yang tidak menutup aurat saya tidak memakannya (iaitu menggunakan hasil itu dengan membeli kamera/filem baru). Contohnya harga pakej gambar ialah RM100. Katakan ada 40 (40%) keping gambar pengantin wanita tidak menutup aurat rambut dan 60 (60%) keping lagi menutup aurat penuh. Jadi saya memberikan rezeki RM60 itu kepada keluarga saya dan RM40 itu saya tidak memakannya (dan menggunakan RM40 utk membeli filem/lensa).

Jawapan: Amalan spt ini sebenarnya tidak pernah dilakukan oleh orang Islam sebelum ini khususnya di zaman salafus-soleh. Mereka berpegang teguh dgn hadis Asy-Syarif, hadis no.6 dalam Matn arba’een anNawawiyah (Matan hadis 40 Imam Nawawi) dari Nu’man bin Bashir yang dikeluarkan oleh Dua Sahih Bukhari-Muslim, “Sesungguhnya yang Halal itu jelas, yang haram itu jelas dan di antara keduanya banyak perkara syubahah (samar-samar) yang kebanyakan manusia tidak mengetahuinya.” Maksudnya jika kita melakukan begitu, cuba membuat perakaunan (accounting) ini dari sumber halal dan ini dari sumber haram, ini kerana kita takut accounting itu tidak tepat dan masih ada yang syubahah. Lagipun dalam tubuh orang Islam itu tidak berhimpun sifat halal dan haram serta syubahah. Dia hanya mengutamakan halal bayyin dalam semua urusan hidupnya. Dalilnya: “Allah sekali-kali tidak menjadikan bagi seseorang dua buah hati dalam rongganya.” (Quran 33:04). Maksud ayat ini, orang Islam dia hanya ada satu buah hati, ada satu pilihan, hanya memilih yang halal sahaja dan menjauhi syubahah apatah lagi yang haram dalam urusan hidupnya.

gambar + huraian = tersurat dan tersirat

dari : moga beroleh manafaat

https://www.facebook.com/photo.php?fbid=254342961271604&set=a.136109636428271.16570.106585492714019&type=1&theater

Disalin daripada: http://www.facebook.com/notes/mohd-fahmi/hukum-photography-biar-ade-beza-photog-muslim-dan-bukan-muslim-/305518532796417?ref=notif&notif_t=note_tag

30 Julai 2011

Khasiat Tidak Menyusut Sejak 4 000 tahun lalu

Kedalaman telaga zam-zam ialah 30 meter, mengeluarkan air tanpa warna atau bau, juga tiada pertumbuhan alga pada dinding telaga yang boleh menjadi punca jangkitan; ternyata mempunyai rasa asli yang tersendiri dengan pH 7.9 - 8.0, menandakan wujudnya alkali yakni merujuk kepada kandungan garam semulajadi.

Teknologi motor moden menjana 8 000 liter sesaat selama 24 jam, air telaga pada paras lebih kurang 10 kaki naik mencecah 3 kaki. Namun, pada selang tempoh motor berhenti mengepam, paras air yang sekitar 3.23 meter di bawah paras laut itu melonjak ke paras 3.9 meter dalam masa 11 minit sahaja membuktikan kewujudan sistem akuifer ( jasad batuan telap air dan menghasilkan air tanah) pada rekahan batuan gunung-gunung sekitar Mekah bertindak sebagai penjana semula jadi.

Air zam-zam menghilangkan dahaga, menjadi sumber makanan dan penyembuh penyakit. Seorang pengiring Rasulullah SAW pernah memberitahu bahawa sebelum kedatangan Islam, air dari telaga ini dikenali sebagai "Shabbaa'ah" yang bermaksud lengkap memuaskan'.

Menurut hadis uslim, Abu Dharr Ghiari yang baru tiba ke Mekah pada awal kedatangan Islam hanya bergantung makan dan minum dengan air zam-zam selama sebulan. Dai bukan sekadar kenyang dan hilang dahaga, malah obes kerananya!

Peneyelidikan oleh jurutera kimia Jeddah menemui kandungan garam semula jadi kalsium dan magnesium yang tinggi; mampu menyegarkan jemaah haji yang keletihan untuk terus melakukan ibadah serta flourida yang kaya germisid (agen pensterilan) berkesan.

Saintis Jepun Masaru Emoto menggunakan teknik penyelidikan NANO ke atas air zam-zam dan mendapati setitis air ini jika dicampurkan ke dalam 1 000 titisan air biasa menguba minuman biasa menjadi sama kualiti dengan air zam-zam asal.

Disahkan makmal-makmal moden Eropah, selamat diminum sehingga para jemaah tidak terlepas membawa pulang air zam-zam untuk dikongsi bersama keluarga tersayang. Di sebalik undang-undang ketat kemasukan ceair import menerusi lapangan-lapangan terbang Amerika, air zam-zam yang dibawa pulan oleh jemaah haji dibenarkan melepasi kawalan ketat pihak berkuasanya.

Dipetik daripada ASTRO VIEW keluaran Ogos 2011

13 Disember 2010

ADAB SEBELUM MUSAFIR

  • Niat yang baik. Setiap perjalanan yang disertakan dengan niat yang ikhlas akan membuahkan pahala dan dinilai sebagai ibadah.
  • Tidak bermusafir dengan tujuan maksiat.
  • Lakukan istikharah. Meminta petunjuk daripada Allah dalam setiap perkara mubah yang dilakukan adalah antara adab yang amat dianjurkan dalam Islam.
  • Musyawarah. Rasulullah s.a.w. bersabda yang bermaksud: " ... jika ia meminta nasihat, maka berkanlah nasihat kepadanya." (Riwayat al-Bukhari dan Ahmad)
  • Melunaskan semua hak-hak manusia yang terbeban pada seseorang. Jika ada hutang maka langsaikan dahulu dan jika ada amanah maka kembalikanlah kepada pemiliknya sebagaimana yang dilakukan oleh Rasulullah s.a.w. sebelum hijrah. Selain itu juga, mohonlah juga kemaafan daripada mereka yang berkenaan.
  • Meminta izin. Seorang anak hendaklah meminta izin kedua-dua orang tua atau penjaganya, manakala seorang isteri pula perlu meminta izin daripada suaminya.
  • Berwasiat amat dianjurkan melalui sabda Rasulullah s.a.w. yang bermaksud: " Tidaklah dibenarkan seorang muslim yang memiliki sesuatu untuk diwasiatkannya, ia bermalam dua malam melainkan wasiat itu tertulis di sisinya." (Muttafaq 'alaih) Jika berwasiat digalakkan dalam keadaan bermusafir, ia amat digalakkan.
  • Melantik orang yang boleh menguruskan keluarga yang terdiri daripada orang yang boleh dipercayai dan meninggalkan nafkah yang mencukupi untuk keluarga yang ditinggalkan.
  • Mempersiapkan diri dan bekal dan membawa wang yang secukupnya sehingga tidak perlu meminta-minta daripada sesiapa.
  • Mendoakan keluarga dan saudara-mara yang ditinggalkan. Ikutilah sunnah Rasulullah s.a.w., apabila Baginda ingin meninggalkan ahli keluarganya, Baginda mendoakan: "Aku menitipkan kalian kepada Allah yang tidak akan hilang titipan-Nya." (Riwayat Ahmad dan Ibn Majah)
Disalin semula daripada MAJALAH SOLUSI: m/s 74

06 Disember 2010

Ilmu Silat yang Hebat!

Seorang remaja bertemu seorang guru silat yang warak. Dia berkata," Tuan guru, tolong ajarkan saya ilmu persilatan."

"Boleh. Tapi syaratnya kamu mesti taat perintahku."

"Insya-Allah saya akan taat. Bila saya boleh mula belajar?"

"Sekarang juga. Kau pergi ke hadapan mihrab masjid itu. Di sana ada ribuan kitab-kitab lama."

"Tetapi saya berhajat belajar silat, bukannya belajar ilmu agama," bantahnya.

"Bukankah telah aku katakan tadi. Mesti taat, baru boleh belajar silat," tegas Tok Guru.

"Ya, ya."

Maka tinggallah remaja itu berbulan-bulan di situ. Kerjanya tidak lain selain menyemak lembaran kitab itu sehelai demi sehelai. Habis sebuah, dia beralih kepada kitab yang lain. Akhirnya, ribuan kitab telah disemaknya menggunakan ibu jarinya dan jari telunjuknya.

Selepas enam bulan, dia berasa sungguh bosan. Dia masih belum diajar walu sedikit pun ilmu silat. Sedangkan kawan-kawannya yang belajar dengan guru-guru lain kini telah cekap menumbuk dan menendang. Dia masih terkial-kial menyemak helaian kitab-kitab saban hari.

"Tok Guru, saya ingin berhenti. Tiada apa pun silat yang saya belajar di sini. Saya ingin pulang."

"Tetapi Tok sudah mengajar kamu ilmu silat."

"Mengajar ilmu silat? Sialat apa? Jangankan menumbuk dan menendang, melangkah pun saya tidak diajar!"

"Pulanglah. Kamu akan faham apa yang Tok maksudkan."

apabila pulang ke kampung, dia berasa rendah diri berbanding kawan-kawannya. Mereka sudah mahir bersilat.

Satu petang, sedang dia melihat kawan-kawannya bersilat di padang, tiba-tiba seorang daripada kawannya jatuh dan dan kakinya tergeliat.

"Aduh, aduh! Kakiku!" jeritnya kesakitan.

Spontan dia memberanikan diri untuk mengurut kaki kawannya itu. Sebaik sahaja dia mula mengurut, takanan ibu jarinya begitu kuat sehingga kaki kawannya melecet dengan teruk dan kaki yang tergeliat itu terus bengkok seakan-akan patah.

"Aduh! Apa yang kau buat pada kakiku? Sakit, sakit."

Dia terkejut. Barulah dia sedar bahawa ibu jarinya punya kuasa yang kuat. Kekuatan yang menyamai penyepit besi.

Rupa-rupanya itulah kekuatan daripada ilmu silat Tok Gurunya yang dipindahkan kepada ibu jarinya sewaktu dia disuruh menyemak helaian demi helaian kitab tempoh hari!

Nilai:

Ilmu yang tinggi diajar secara berhikmah, umpama akar pokok yang bergerak perlahan tetapi dapat menembusi batu dan tanah yang keras. Guru yang ikhlas mengajar dengan rendah diri dan ikhlas kerana Allah!

Berubah-ubah Niat

Seorang pemanjat kelapa sedang berada dalam keadaan yang sangat bahaya. Ketika dia berada di puncak pokok kelapa, ribut melanda berserta angin kencang sehingga kakinya tergelincir, tetapi dia sempat berpaut pada pelepah kelapa yang terjuntai.

Keadaannya seperti telur dihujung tanduk. Dalam keadaan yang genting itu dia berseru, "Ya Allah, selamatkan aku daripada jatuh. Jika selamat, aku akan sedekahkan seekor lembu untuk orang miskin."

Sejurus kemudian, tangannya dapat berpaut kembali pada batang pokok.

Namun ribut masih bertiup kencang. Keadaannya walaupun dalam agak lebih baikdaripada sebelumnya, tetapi dia masih lagi belum selamat. Berpaut sekuat-kuatnya pada batang pokok, dia berseru lagi, " Ya Allah, sekiranya Engkau selamatkan aku daripada jatuh, aku akan sedekahkan seekor kambing untuk orang miskin."

Setelah bersusah payah, dia berjaya turun sehingga ke bahagian tengah pokok kelapa. Harapannya untuk selamat kian cerah, walaupun angin ribut masih bertiup kencang. Kali ini dia berseru, "Ya Allah, kalau Kau selamatkan aku, aku akan sedekahkan tiga ekor ayam."

Akhirnya dia sampai kedudukan yang lebih rendah, dan doanya berubah lagi, "Ya Allah, sekiranya aku selamat akau akan sedekahkan seekor ayam."

Ribut telah berhenti dan dia telah berada di kedudukan yang selamat. Dia pun melepaskan tangannya daripadabatang pokok lalu berpura-pura jatuh. "Ya Allah, rupa-rupanya aku terjatuh juga. Maka tidak jadilah aku sedekahkan apa-apa pun!"

Nilai: Dalam keadaan susah manusia sering ingatkan Allah tetapi apabila senang manusia mudah melupakan-Nya. Ironinya, apakah kita tidak malu mengharap bantuan Allah ketika susah sedangkan sewaktu kita senang kita melupakan-Nya?

14 Mei 2010

Banyak Bertanya

Seorang lelaki dikenali sebagai seorang yang amat suka bertanya dan mempersoalkan sesuatu. Mungkin dia merasakan itu hanya sekadar untuk bersuka-suka atau "saja-saja". Namun tanpa disedari, sikapnya itu menimbulkan banyak masalah dalam kalangan penduduk setempat. Dan lebih berbahaya lagi apabila soalan-soalannya menyentuh soal-soal keimanan.

Satu hari dia bertanya kepada kawan-kawannya, "kau rasa betul ke neraka itu tempat seksa yang paling dahsyat?"

"memang dahsyat. Sangat panas. Api neraka berganda-ganda lebih panas daripada api dunia. Kenapa kau tanyakan begitu?"

"Syaitan dibuat daripada apa?" tanyanya lagi.

"eh, tentulah daripada api!"

"neraka pula?"

"neraka pun daripada api!"

"Itulah persoalannya. Syaitan akan dimasukkan ke neraka. Dia daripada api, neraka juga daripada api...kalau demikian apalah sakitnya, apalah seksanya," simpul lelaki itu sambil mencemik.

Kawan-kawannya mula berfikir. Betul juga, terlintas begitu dalam hati mereka.

"Apa kata kita jumpa Tok Imam untuk mendapat penjelasan," cadang seorangdaripada mereka.

"aku rasa Tok Imam pun tak akan dapat jawabnya," kata pemuda itu.

Mereka berjumpa Tok Imam dan mengajukan soalan itu. Sejurus kemudian, Tok Imam mengambil ketul-ketul tanah dan membalingpemuda itu. Tok Imam terus membaling sehingga muka dan badan pemuda itu bengkak-bengkak. Tidak tahan dia pun lari.

"jangan lari. Jangan lari."

"inikah sikap Tok Imam? Saya bertanya soalan, sebaliknya dibaling dengan ketul tanah!"

"itulah jawapan saya. Saya membaling kamu dengan tanah, sepatutnya tak sakit. Kamu dicipta daripada tanah dan saya beling kamu dengan tanah, apalah sakitnya..."

"oh sakit tuan. Habis badan saya bengkak-bangkak..."

Itulah yang akan dialami oleh syaitan di dalam api neraka nanti!"

"ya,ya. Saya faham. Jangan baling lagi."

Pengajaran:
Sekali sekala orang yang degil perlu diajar dengan cara yang keras dan tegas. Kekdang jawapan dalam bentuk tindakan...walaupun ada masanya sangat pahit tetapi itu lebih berkesan.

20 April 2010

Si Anak Gajah

Seekor anak gajah dirantai sejak kecil pada sebatang tiang. Pada mulanya anak gajah itu meronta-ronta untuk melepaskan diri. Anak gajah itu tidak berdaya kerana kakinya masih kecil, manakala rantai serta tiang yang menambatnya begitu kuat. Hari demi hari dicubanya, tetapi anak gajah itu tidak dapat melepaskan diri. Lama-kelamaan anak gajah tidak mahu mencuba lagi kerana takut dengan risiko kegagalan.

Setelah bertahun dalam keadaan itu, anak gajah membesar sebagai gajah dewasa. Badan, kaki dan lain-lain anggota badannya sudah turut membesar lebih daripada rantai dan tiang yang menambat kakinya sejak kecil. Secara logiknya dengan sekali rentap sahaja besi dan tiang itu boleh tercabut. Sayangnya, gajah itu tidak pernah berfikir untuk berbuat begitu. Kenapa? Kerana ia sudah hilang keyakinan diri. Pengalaman gagal semasa kecil menyebabkan gajah itu tidak mahu mencuba lagi. Padanya, ia tetap tidak mampu melakukannya.

Inilah bahana hilang keyakinan diri. Dan dalam kehidupan manusia, apa yang dialami oleh gajah itu sering terjadi. Khususnya buat umat Islam yang sekian lama dijajah oleh musuh dalaman dan luarannya, semangat berjuang menjadi semakin luntur.

MSOLUSI:isu 17 m.s17