07 Mei 2009

Cukai: Suatu Yang Kabur

Cukai Pendapatan yang ditambahbaik sekarang memberi kemudahan kepada lebih 1 juta pelayar e-filling. Dengan kemudahan ini, orang ramai tidak perlu lagi menunggu borang cukai pendapatan yang belum tentu lagi mereka akan mendapatnya. Dan juga orang ramai tidak perlu berbaris di pejabat/urusetia LHDN.

Namun, yang menjadi agenda saya di sini ialah penyata gaji tahunan yang sering lewat diberikan kepada pekerja. Kita ambil contoh seperti ini. Tarikh tutup e-filling adalah 30 April. Penyata tahunan sampai ke tangan pekerja 1 minggu atau 2 minggu sebelum tarikh tutup tersebut.

Keadaan ini mendatangkan masalah untuk menghantar e-filling kerana masa yang ada cuma 2 minggu sahaja. Tidak diambil kira kesesakan dalam talian maya LHDN itu sendiri. Akhirnya, ada pekerja yang mengambil jalan dengan mengira sendiri gaji tahunan bagi mengisi e-filling tersebut.

Dengan tindakan majikan yang melambatkan penyata gaji tahunan diberikan kepada anak buah, dan anak buah mengisinya dengan mencongak gaji tahunan mereka, belum tentu ia akan dapat memberikan apa yang LHDN mahukan.

Begitu juga tindakan majikan yang 'terlupa' membuat Pembayaran Cukai Berjadual (PCB) kepada anak buahnya. PCB ini perlu diberitahu oleh majikan bagi membolehkan anak buahnya mengisi e-filling dengan betul dan teratur

Ada orang mengatakan, kita sebagai anak buah seperti "mentimun". Mengelek kita kena juga, digelek pun kita kena juga.

Fikir...fikirkanlah.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan