25 Mei 2009

Mana hilang beras murah?

Sumber: Kosmo Online

Masalah kekurangan bekalan beras Super Tempatan 15 peratus hancur (ST15) kini bagaikan tiada jalan penyelesaian.

Walaupun sering kali rungutan orang ramai serta pengusaha premis perniagaan, kemelut yang berlaku seolah-olah tidak ada jalan keluar.

Tinjauan Kosmo! di sekitar pasar raya dan kedai runcit di sekitar Lembah Klang, Perak, Pahang, Kedah dan Johor mendapati, bekalan beras jenis ST15 langsung tiada di pasaran.

Bagaimanapun, di Melaka, Pulau Pinang dan Negeri Sembilan pula, bekalan beras itu masih ada tetapi jumlahnya agak terhad dan tidak dapat bertahan lama jika tiada sebarang usaha untuk memastikan bekalannya mencukupi.

Beras ST15 ialah beras tempatan yang mengandungi 15 peratus beras hancur dan ia merupakan beras paling murah di pasaran.

Di KUALA LUMPUR, seorang pengusaha kedai runcit, Syed Mohamad Fazrul Rahman, 24, berkata, permintaan terhadap beras ST15 amat tinggi tetapi bekalannya tidak mencukupi.

Menurut beliau, pembekal hanya menghantar 50 kampit beras ST15 sekali dalam tempoh sebulan dan ia akan licin dalam tempoh tiga hari sahaja.

“Keadaan ekonomi yang teruk sekarang ini menyebabkan orang ramai memilih barang yang murah termasuk beras. Kami sebagai peniaga tak boleh nak buat apa-apa sebab bekalan ST15 hanya dihadkan kepada 50 kampit sahaja,” katanya kepada Kosmo! semalam.

Ini antara sebab beras murah 'hilang':

  1. Pembekal 'mencuri' dari tempat pengagihan. Beras itu kemudian dijual kepada orang perseorangan yang dikenali sahaja. Ini bagi mengelakkan perbuatan mereka dikesan.
  2. Peruncit/pekedai menjual pada saudara mara/kawan/sahabat yang rapat dengan mereka. Jika orang lain menanyakan beras tersebut mereka mengatakan habis.
  3. Peruncit menjual dengan harga tinggi di kawasan luar bandar (pedalaman).
Sebab-sebab di atas bukan menfitnah semata-mata. Ini berlaku sendiri di tempat saya dan saya sendiri mengalaminya.


1 ulasan:

  1. Beras murah sebenarnya tidak dijual kepada peniaga-peniaga runcit tetapi di jual oleh pembekal kepada pengusaha-pengusaha kedai makan serta orang-orang yang dikenali oleh pembekal.
    Ada lagi berita yang belum di sahkan kesahihannya yang mengatakan beras tersebut di pek semula dengan menggunakan pek yang lebih mahal harganya.
    Di harap pihak Kosmo dapat menyiasat perkara ini.

    BalasPadam