22 Jun 2009

Projek Mi Segera di Lahad Datu..?

Catatan diperolehi daripada : http://www.sabahdaily.com/2009/06/projek-mi-segera-di-lahad-datu/

WALAUPUN Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Panglima Mohd Najib Tun Abduk Razak memberi jaminan bahawa tidak ada lagi projek ‘mi segera’ dipraktikkan, namun Majlis Amanah Rakyat (MARA) daerah Lahad Datu gagal memahami program pembangunan 1Malaysia yang dicetuskan Najib.

“Mara bukan sahaja mendirikan projek kilat ala ‘mi segera’ malah projek ini adalah projek haram yang tidak mendapat kelulusan pihak berkuasa tempatan. Projek ini dibina di atas formasi Lebuh raya Lahad Datu Sandakan yang akn dinaiktaraf sebagai jalan berkembar,” ujar Ketua Cabang Parti Keadilan Rakyat (PKR) Lahad Datu, Johani Abdul Halim yang membawa krew sabahkini.net melawat lokasi projek mi segera bernilai RM50,000.

Pembinaan gerai ini, kata Johani, tidak mendapat kelulusan Majlis daerah Lahad Datu kerana tidak menepati piawaian yang ditetapkan iaitu gerai mudah alih dan bukannya gerai tetap seperti yang dibina di atas formasi jalan.

Akibatnya, program awal mengalakkan masyarakat kurang bernasib baik berniaga secara kecil-kecilan hanya menjadi igauan ngeri mereka kerana telah membeli segala peralatan yang diperlukan untuk memulakan perniagaan, sebaliknya belum dapat berniaga sejak beberapa bulan lalu.

“Bukankah ini menyiksa masyarakat kerana peruntukan yang disediakan untuk membina gerai ini hanya mengenyangkan kontraktor dan pihak yang memohon projek ini sedangkan bakal peniaga yang menanggung derita,” ujar Johani yang memberitahu para peniaga datang mengadu kepada beliau berhubung larangan Majlis Daerah Lahad Datu.

Kata Johani lagi, gerai tersebut kini dijadikan garaj letak kereta sedangkan peniaga kerugian setiap hari kerana ada di antara mereka membuat pinjaman dengan ceti haram dan usahamaju untuk memulakan perniagan yang belum bermula sehingga kini.

Menurut Johani, kerajaan Barisan Nasional membazirkan wang rakyat untuk membina jalan raya di kawasan persendirian dan bangunan di kawasan milik peribadi yang belum diwakafkan atau diserahkan kepada kerajaan untuk dijadikan tanah rizab.

“Lebih RM10 juta telah dibelanjakan secara membazir di daerah ini sama ada melalui sistem cabutan berkomputer atau sebutharga terbuka,” kata Johani yang mengakui mempunyai bank data projek mi segera yang telah dilaksanakan tetapi tidak memberi manfaat kepada rakyat. -Sabahkini

Tiada ulasan:

Catat Ulasan