04 Ogos 2009

Bacalah Anakku siri 4

Kaedah Am Pengajaran

Dua aspek penting dalam kejayaan membaca ialah (1) ingatan penglihatan (visual memory) dan (2) ingatan pendengaran (auditory memory). Kaedah mengajar Bacalah Anakku menekan dua aspek ini iaitu penguasaan pengamatan penglihatan dan pengamatan pendengaran. Beberapa cadangan teknik mengajar berikut InsyaAllah dapt membantu anda mengajar dengan baik.

Teknik Asosiasi

Untuk memudahkan anak-anak mengingat bunyi-bunyi huruf dengan lebih cepat dan kekal satu aksi yang dapat dikaitkan dengan bunyi huruf tersebut dilakonkan. Pastikan anda melakonkan aksi tersebut bersama dengan bunyi yang berkaitan.

a
melakonkan orang yang terkaena api yang panas sambil menjerit 'aaaaaaaaaaa...panasnya'

i
menggeletek pinggang sambil menyebut 'iiiiii...geli'

u
membuat pergerakan ulat dengan jari di atas lengan sambil membunyikan 'uuuuu...ulat'

b
membawa kereta buruk dengan bunyi 'bbbbb'

m
menggosok perut sambil menyebut 'mmmm...sedap'

n
membawa kereta laju dengan bunyi 'nnnnn'

k
ketawa berdekah-dekah

s
membuat bentuk ular dan membunyikan 'sssssss'

t
memeluk tubuh sambil menggeletar kesejukan dan menyebut 'ttttt...sejuknya'

c
menggerakkan lengan seperti galang roda keretapi dan membunyikan 'c...c...c...c...c...c'

p
berlawan pedang sambil membunyikan bunyi 'pp...pp...pp'

y
membuat pergerakan mainan yo-yo yang bergerak ke atas ke bawah dan menyebut bunyi 'yyyy...yoyo'

d
memegang dagu dan menyebut 'ddddd...dagu'

g
membuat muka geram dan bunyi 'ggggg...geram'

l
menggerakkan jari seperti konduktor lagu dan menyanyikan lagu 'la...la...la...la'

r
menggunakan jari menjadi gagang telefon dan membunyikan bunyi telefon 'rrring...rrring'

h
berlari setempat dan kemudiannya tercungap-cungap letih dengan bunyi 'hhhhh'

j
menudingkan jari dan meggerakkan dan menyebut 'jjjj...jai'

bersambung...InsyaAllah.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan