Saya terbaca artikel BH (Ahad 26 April 2009: 10-11) yang bertajuk "Guru tertekan dahului wang sendiri tampung aktiviti sekolah". Di sini ada pro dan kontra. Sebagai individu yang penuh berminat dengan aktiviti luar biasanya perkara ini tidak menjadi masalah atau penghalang. Kalau 'pakai duit cikgu dulu, nanti kita ganti' , itu dapat diterima pakai lagi. Maksudnya, guru menggunakan wangnya sendiri sehinggalah pihak sekolah menyediakan kos bagi aktiviti yang ingin diikuti.
Yang jadi keluhan para guru ialah janji 'nanti cikgu claim', tidak dipenuhi. Dari seminggu menjadi sebulan dan adakalanya menjadi setahun. Kalau hal ini didiamkan saja, maka tidak dapatlah kembali wang guru berkenaan. Tahun akan datang dan seterusnya sikap dan tabiat itu akan berulang dan akan dibudayakan dalam komuniti sekolah. GURU akan tetap menjadi mangsa keadaan. Guru akan diminta surat tunjuk sebab kenapa dan mengapa tidak mahu menghantar pasukan atai mengikuti aktiviti yang dianjurkan. Paling yang ditakuti, tindakan tidak menghantar atau mengikuti aktiviti yang dianjurkan akan mengundang masalah baru, DIPINDAHKAN dengan disajikan alsan-alasan yang tidak dapat diterima akal.
Presiden Majlis Pemuafakatan Persatuan Ibu Bapa dan Guru Nasional (PIBGGN), Prof Madya Datuk Dr. Mohammad Ali Hassan berkata adalah menjadi hak guru menolah tanggungjawab itu jika berasaskan ia membebankan serta tidak sanggup melaksanakannya. (BH: Ahad, 26 APRIL 2009:11)
Kenyataan ini akan mengundang pelbagai tafsiran dikalangan guru. Akhirnya, aktiviti tidak dapat dijalankan disebabkan alasan ' ia membebankan serta tidak sanggup melaksanakannya'. Kononnya, mahu tumpukan aktiviti dalam kelas sahaja.
Walau apapun aktiviti atau perkara yang diminta untuk melakukannya, ia berbalik kepada hati kita sendiri. Kalau keinginan ada, maka dapatlah dibuat.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan