13 Mei 2009

SEKOLAH DULU-DULU

oleh FIZA MZ HALIM

  • Pergi sekolah jalan kaki, kalau dapat nombor satu, ubu bapa hadiahkan basikal-rasa hebatlah sedikit.
  • Pukul 5 pagi sudah dikejut ibu dan mandi, alahai, sejuknya air kolah... Sesetengahnya pula, jam 6.59 pagi sudah tercegat di hadapan pintu pagar sekolah!
  • Wang RM5 untuk 1 minggu sudah dikira banyak.
  • Kasut paling glamor: Fung Keong, Bata dan Pallas Jazz...
  • Permainan waktu rehat: Timbang bulu ayam, bola sepak, galah panjang, batu seremban atau jengkek kapal terbang.
  • Tak buat kerja rumah pasti dimarahi cikgu, didenda berdiri di luar kelas sambil junjung buku di kepala. Yang kena marah, tak berani beritahu ibu bapa, takut-takut kena rotan di rumah pula!
  • Tak bawa baju PJ, kena berdiri. Lupa kali kedua, berdiri atas kerusi. Lupa lagi kali ketiga berdiri atas mejalah jawabnya!
  • Paling seronok, hujung minggu tak lekat di rumah. Berkumpul dengan kawan-kawan main pondok-pondok, tuju selipar atau memancing di sungai hujung kampung!
  • Zaman ibu bapa kita pula, dengarnya lebih hebat apabila si ayah yang menghantar anak-anak ke sekolah, dibawa sekali rotan runcing sebagai amanah kepada guru, 'rotanlah anak saya andai dia berbuat salah agar jadi orang berguna...'
  • Guru-guru memang garang, tetapi hatinya baik dan niatnya murni. Sekali cikgu marah, herdik, tengking, pukul dan rotan - pasti ingat sampai bila-bila agar kecuaian sendiri tidak diulangi. Apabila sudah dewasa, kita berasa sangat berterima kasih kepada guru-guru yang mendidik kita menjadi insan berguna kepada keluarga, bangsa masyarakat dan negara. Masakan guru bisa melaksanakan hukuman yang memudaratkan kerana apabila pulang ke rumah, mereka juga adalah ayah atau ibu kepada remaja dan anak kecil yan sedang membesar! Fikir-fikirkanlah...

Tiada ulasan:

Catat Ulasan