13 September 2009

Peringatan: Asal Usul Tarian Poco-Poco

Assalamu’alaikum….Pada kali ini penulis ingin kongsikan kepada anda tentang sesuatu yang menggemparkan kerana penulis sendiri pernah buat (masa dalam PLKN, secara paksa rela), iaitu tarian poco-poco.

Secara jujurnya penulis tidak pernah tahu dan ambil tahu tentang tarian ini, asal-usulnya dan motif tarian ini. Namun segalaya berubah apabila satu kiriman emel daripada sahabat penulis, membuatkan penulis tersentak dan kaget sebentar. Mari sama-sama baca emel ini:

Assalammualaikum.

Alhamdulillah kerana kita semua masih bernafas lagi dengan keizinan-Nya.

Saya ingin berkongsi dengan rakan-rakan semua tantang tarian poco-poco yang sedang hangat ditarikan oleh semua lapisan masyarakat, umumnya masyarakat kita yg beragama Islam terutama suri-suri rumah dan badan-badan kerajaan ketika menghadiri kursus.

Sebenarnya tarian poco-poco ini berasal dari Filipina bukannya dari Indonesia. Ia ditarikan oleh masyarakat yang berugama Kristian ketika mereka menghadiri upacara sembahyang mingguan mereka. Lihatlah sahaja bagaimana pergerakannya, yang membentuk salib.

Mungkin kita tidak perasan kerana kita suka mengikut-ikut sesuatu yang baru tanpa usul periksa. Inilah cara musuh-musuh Islam mengenakan kita sedangkan kita tahu apabila kita melakukan sesuatu yang menyerupai sesuatu agama maka kita dikira merestui agama itu, seperti amalan yoga yang telah difatwakan haram kerana menyerupai agama Hindu. Cuma tarian pocoh-poco ini belum difatwakan haram lagi.

Marilah kita sama-sama fikirkan.

Masya Allah… penulis pernah terfikir dulu, kenapa tarian itu dimulakan dari kiri? Dan apa jenis senaman ini? Relevankah tarian ini, yang kelihatan seperti tidak siuman?

Dengan emel ini ‘terungkailah’ persoalan itu semua.

Jadi, penulis menyeru kepada diri penulis dan anda semua supaya mengambil inisiatif untuk tidak lagi ‘menarikan’ tarian ini yang ternyata mensyirikkan Allah tanpa kita sedar. Dan paling utama memohon keampunan daripada Allah S.W.T atas kejahilan kita tentang perkara ini sebelum ini.

Semoga mendapat perhatian pihak berkenaan agar mengkaji secara terperinci tentang kesahihan perkara ini, asal usul dan kesannya kepada akidah umat Islam dan mengeluarkan fatwa tentang tarian ini, agar umat Islam tidak berterusan di dalam kelalaian dan ‘keasyikan’ menarikan tarian ini.

WALLAHUA’LAM….

-http://ibnugharib.blogspot.com

Disalin daripada : http://www.sabahdaily.com/2009/09/berhati-hati-asal-usul-tarian-poco-poco/

03 September 2009

PENGETUA MELAMPAU dalam YOU TUBE

Ini mungkin boleh dikaitkan dengan ISA. Seorang PENGETUA (masih berkhidmat sekarang) yang bukan muslim berani memperkatakan Peristiwa ISRAK dan MIKRAJ. Video di sini. Maaf saya tidak dapat paparkan di sini.

Tindakan beliau ini boleh mencemarkan kesucian ISLAM. Malah, 'keberanian' beliau ini juga boleh memesongkan aqidah umat ISLAM.

04 Ogos 2009

Bacalah Anakku siri 4

Kaedah Am Pengajaran

Dua aspek penting dalam kejayaan membaca ialah (1) ingatan penglihatan (visual memory) dan (2) ingatan pendengaran (auditory memory). Kaedah mengajar Bacalah Anakku menekan dua aspek ini iaitu penguasaan pengamatan penglihatan dan pengamatan pendengaran. Beberapa cadangan teknik mengajar berikut InsyaAllah dapt membantu anda mengajar dengan baik.

Teknik Asosiasi

Untuk memudahkan anak-anak mengingat bunyi-bunyi huruf dengan lebih cepat dan kekal satu aksi yang dapat dikaitkan dengan bunyi huruf tersebut dilakonkan. Pastikan anda melakonkan aksi tersebut bersama dengan bunyi yang berkaitan.

a
melakonkan orang yang terkaena api yang panas sambil menjerit 'aaaaaaaaaaa...panasnya'

i
menggeletek pinggang sambil menyebut 'iiiiii...geli'

u
membuat pergerakan ulat dengan jari di atas lengan sambil membunyikan 'uuuuu...ulat'

b
membawa kereta buruk dengan bunyi 'bbbbb'

m
menggosok perut sambil menyebut 'mmmm...sedap'

n
membawa kereta laju dengan bunyi 'nnnnn'

k
ketawa berdekah-dekah

s
membuat bentuk ular dan membunyikan 'sssssss'

t
memeluk tubuh sambil menggeletar kesejukan dan menyebut 'ttttt...sejuknya'

c
menggerakkan lengan seperti galang roda keretapi dan membunyikan 'c...c...c...c...c...c'

p
berlawan pedang sambil membunyikan bunyi 'pp...pp...pp'

y
membuat pergerakan mainan yo-yo yang bergerak ke atas ke bawah dan menyebut bunyi 'yyyy...yoyo'

d
memegang dagu dan menyebut 'ddddd...dagu'

g
membuat muka geram dan bunyi 'ggggg...geram'

l
menggerakkan jari seperti konduktor lagu dan menyanyikan lagu 'la...la...la...la'

r
menggunakan jari menjadi gagang telefon dan membunyikan bunyi telefon 'rrring...rrring'

h
berlari setempat dan kemudiannya tercungap-cungap letih dengan bunyi 'hhhhh'

j
menudingkan jari dan meggerakkan dan menyebut 'jjjj...jai'

bersambung...InsyaAllah.

02 Ogos 2009

Bacalah Anakku siri 3

Panduan menyebut bunyi (Fonik) huruf

Bunyi huruf vokal

a
seperti dalam api
i seperti dalam ikan
u seperti dalam ubat
e (e taling) ekor
e (e pepet) emas
o seperti dalam otak

Bunyi huruf konsonan

Bunyi berikut disebut seperti dieja dengan bacaan e pepet

b /beh/
d /deh/
m /em/
g
/geh/
n /en/
l /el/
k /keh/
r
/rrr/
h /heh/
t /teh/
j /jeh/
c /ceh/
w /weh/
p /peh/
f
/feh/
y /yeh/
z /zzz/

Diagraf

ng /eng/
ny /nyeh/
sy /syhh/
kh
/kheh/

Diftong

au
ai
ia
iu
ua
ui
io


Huruf yang tidak diperkenalkan

q /qeh/
x
/ks/
v
/veh/

Tangguh peperiksaan pilihan terakhir

Oleh HELMI MOHD. FOAD
pengarang@utusan.com.my

PUTRAJAYA 1 Ogos – Keputusan menangguhkan empat peperiksaan awam hanya akan menjadi pilihan terakhir sekiranya wabak selesema babi atau influenza A (H1N1) merebak ke seluruh negara.

Sehubungan itu, Ketua Pengarah Pelajaran, Tan Sri Alimuddin Mohd. Dom berkata, pihaknya akan membawakan perkara itu dalam mesyuarat H1N1 peringkat kebangsaan yang dipengerusikan oleh Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin, Selasa ini.

‘‘Saya akan bawa perkara ini untuk dibincangkan dalam mesyuarat tersebut, tetapi kita doakan dalam bulan Ogos, keadaan akan pulih dan tidak mengganggu peperiksaan.

‘‘Kita berasa bimbang kerana ada empat peperiksaan awam, kalau keadaan bertambah buruk, ini akan menjejaskan peperiksaan,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita pada majlis penutup Bulan Kecergasan dan Kementerian Pelajaran-Putrajaya Big Walk di Dataran Putrajaya di sini hari ini.

Seramai 8,000 pelajar dari seluruh negara termasuk Sabah dan Sarawak menyertai program tersebut.

Berdasarkan takwim yang disediakan Kementerian Pelajaran, Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) diadakan pada 8 hingga 10 September ini, manakala Penilaian Menengah Rendah (PMR) dari 7 hingga 9 Oktober dan 12 hingga 13 Oktober ini.

Peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) berlangsung pada 20 hingga 22 Oktober dan 26 hingga 27 Oktober dan ujian bertulis (19 November-16 Disember).

Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM) pula akan diadakan pada 19 hingga 21 Oktober.

Majlis Peperiksaan Malaysia pula menetapkan peperiksaan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) pada 18 November hingga 10 Disember ini.

Menurut Alimuddin, kementerian juga akan mengadakan perbincangan dengan Kementerian Kesihatan bagi membolehkan para pelajar yang dijangkiti H1N1 dapat mengambil peperiksaan di hospital.

‘‘Kalau tidak ramai, kita boleh adakan peperiksaan di hospital seperti kita lakukan jika ada pelajar mengalami kemalangan atau sakit teruk.

‘‘Buat masa ini, keadaan terkawal dan hospital mampu mengendalikannya,” katanya.

Bagaimanapun, jelas Alimuddin, pihaknya akan mengadakan perbincangan terperinci dengan Majlis Keselamatan Negara (MKN) dan Kementerian Kesihatan tentang langkah yang perlu dilakukan sekiranya wabak itu menyerang seluruh negara.

Tambahnya, setakat ini, kementerian telah mengarahkan aktiviti besar-besaran melibatkan pelajar dikurangkan, manakala program ke luar negara hanya dibenarkan jika ia melibatkan kes-kes tertentu.

‘‘Itu pun dengan syarat, mereka wajib mengambil vaksin dan mengelakkan diri dari kawasan orang ramai serta segera berjumpa doktor sebaik pulang ke tanah air apabila mendapati terdapat tanda-tanda selesema,” katanya.

Menjelaskan langkah pencegahan yang diambil kementerian, beliau berkata, pekeliling telah dikeluarkan kepada semua sekolah tentang keperluan menjaga kebersihan di persekitaran sekolah.

‘‘Kita galakkan pengetua dan guru besar mengambil tindakan sendiri sekiranya pelajar memerlukan bantuan.

‘‘Apabila pelajar mengalami selesema, demam dan batuk, mereka perlu segera dihantar ke hospital,” katanya.

Utusan Malaysia Online: 2 Ogos 2009

25 Julai 2009

Bacalah Anakku Siri 2

Sambungan daripada artikel yang lalu Bacalah Anakku oleh Nik Eliani Nik Nawi dan Othman Ahamad

Kandungan Set Siri Cepat Membaca Bacalah Anakku terbahagi kepada 8 bahagian:

Buku 1
Memperkenalkan vokal a, i, u dan konsonan b dan n dan gabungan konsonan b, n dengan vokal a, i, u.

Buku 2
Memperkenalkan konsonan m, s, k dan ganbungan konsonan tersebut dengan vokal a, i, u

Buku 3, 4, 5
Memperkenalkan konsonan-konsonan lain yang penting

Buku 6
Memperkenalkan konsep gabungan suku kata dengan akhiran.

Buku 7
Memperkenalkan o, e taling dan e pepet dan akhiran

Buku 8
Memperkenalkan diagraf ng, sy, ny, kh dan diftong au, ai, ia, ua, ui dan io

bersambung, insya-Allah

Konspirasi kematian Michael Jackson

Berikut terjemahan artikel berbahasa inggeris yang lalu

Tak tahu kebenaran tentang wujudnya konspirasi kematian Michael Jackson. Mungkin benar mungkin tidak. Hanya Dia yang tahu.

Michael Jackson {MJ) adalah seorang manusia yang sangat penyayang. Banyak hartanya yang telah dihabiskan dalam membantu dan menyokong gerakan-gerakan amal seperti Afrika Amerika, mangsa AIDS, mangsa dera kanak-kanak dan bermacam-macam lagi. Walaupun dah berbuat pelbagai kebaikan, MJ masih gagal mencari ketenangan hati. Dia cumalah seorang budak yang terperangkap di dalam badan seorang lelaki. Impiannya adalah untuk menjadi budak kecil selama-lamanya. Impian ini ditambah pula dengan sejarahnya didera semasa kecil menyebabkan dia membina Neverland, tempat untuk seluruh kanak-kanak di dunia bermain dan gembira di situ.

Sila baca artikel ini sepenuhnya untuk membaca tentang konspirasi pembunuhan Michael Jackson.

Namun MJ telah membuat satu keputusan yang bakal memberikan impak yang sangat besar di dalam hidupnya. Melihat kehidupan dan ketenangan yang dimiliki oleh abangnya (Jermaine) setelah memeluk Islam, MJ telah membuat satu kenyataan gempar di satu press conference pada tahun 1989.

“Saya telah melihat Islam di dalam abang saya, saya telah membaca buku tentang Islam dan suatu hari nanti saya mahu rasakan ketenangan dan keamanan Islam itu“

Sejak kenyataan itu hidup MJ tidak sama seperti dahulu lagi. Dituduh berasmara dengan kanak-kanak, ditambah dengan pandangan-pandangan negatif daripada media Amerika Syarikat, membuatkan MJ berada di tahap tertekan. Semua ini dilakukan agar peminat-peminat MJ melihatnya sebagai satu ikon yang gagal seterusnya membuatkan influence MJ berkurangan.

Melarikan diri daripada tekanan pihak Media USA, MJ telah tinggal di England selama beberapa tahun. Di England, MJ berkawan rapat dengan Yusof Islam, Dari Yusof Islam, MJ belajar serba sedikit tentang Islam. Malah semasa di England, MJ telah berkawan rapat dengan seorang pencipta lagu, Zain Bhika yang telah menciptakan lagu “Give Thanks To Allah”khas untuk dinyanyikan oleh MJ bila-bila masa dia bersedia.

Semasa kes asmaranya dengan kanak-kanak dijalankan, MJ telah melarikan diri dan menetap di Bahrain. Di sana dia menjadi tetamu khas kepada anak Sultan Bahrain. Di sinilah MJ mula mendalami Islam. MJ belajar sembahyang, baca Al-Quran dan macam-macam lagi selama 3 tahun.

Akhirnya pada November 2008, MJ pulang ke Los Angeles dan membuat majlis memeluk Islam secara rasmi di rumah kawan karibnya. Pada December 2008, MJ telah pun pergi menunaikan haji bersama Sultan Bahrain dan anaknya.

Untuk konsert terakhirnya, MJ mempunyai agenda yang tersendiri. Dia memaklumkan yang ini adalah konsert terakhirnya dan berhasrat untuk mengumumkan yang dia adalah seorang Muslim. Malah MJ juga mahu menyanyikan lagu Give Thanks to Allah pada konsertnya tersebut bersama Yusof Islam. Sebab itulah MJ memilih London sebagai tempat konsert terakhirnya bukannya di USA kerana takutkan pihak berkuasa USA.

Pada 12.30 25 June, MJ memeluk managernya dan mengucapkan selamat malam. MJ berkata ” Selepas berlatih selama 2 bulan akhirnya saya dah bersedia untuk konsert ini”

. Selepas melambaikan tangan dan mengucapkan selamat malam, MJ pun pulang ke hotel. Tapi kira-kira jam 2.26 pagi, MJ didapat telah meninggal dunia.

Semasa 911 dihubungi, banyak soalan yang ditanya seolah-olah mereka tak tahu siapa itu MJ dan di mana MJ berada. Nampaknya ada pihak yang cuba melengahkan masa bantuan tiba. Tambah pelik bila pihak hospital mengatakan hasil autopsy hanya boleh diperolehi selepas 2 bulan sedangkan teknologi sekarang dah bertambah canggih.

Oleh kerana itu, keluarga MJ telah pun mengupah private doktor untuk membuat autopsy kepada MJ. Keputusannya dikeluarkan hanya selepas 4 hari. Ternyata MJ mati kerana terlalu banyak dos anaethestic, satu ubat yang mampu membuatkan jantung berhenti berdenyuti jika diambil secara berlebihan.

Satu keputusan yang tidak diwar-warkan di media ialah perut MJ tidak mempunyai langsung ubat ini. Tapi darahnya dipenuhi dengan ubat tersebut. Malah badan MJ dipenuhi dengan kesan suntikan seolah-olah ada orang secara paksa menyuntik ubat tersebut ke dalam badan MJ.

Dalam CNN semasa diinterview, Presiden Amerika Syarikat Barrack Obama telah mengeluarkan satu kenyataan yang agak pelik.

“Saya suka MJ. Saya membesar mendengar lagunya. Ia satu kehilangan yang besar tapi saya jamin tiada konspirasi dalam kematiannya”

Pelikkan kenapa seorang Presiden beria-beria cakap tiada konspirasi dalam kematian MJ sebelum keputusan rasmi autopsy MJ dikeluarkan? Kalau betullah MJ nak bunuh diri, buat apa dia beria-beria nak berlatih selama 2 bulan untuk konsert dia nie? Tak gitu?

Keluarga MJ inginkan MJ dikebumikan secara Islam. Tapi CIA telah muncul dan memberi ugutan jika pengebumian secara Islam dilakukan secara awan (dalam TV). Ugutannya ialah Katherine, mak MJ tidak akan mendapat hak penjagaan anak-anak MJ sebaliknya Debbie Rowe yang akan dapat.

Akhirnya mereka bersetuju untuk MJ dikebumikan secara Islam di Neverland. Tapi dengan syarat satu pengebumian olok-olok secara Kristian mesti diadakan. Itulah yang anda semua tengok di Tv. Sebab itulah keranda MJ ditutup dan tak dibukak. Sebab mayatnya tak pernah ada dalam tue. Ini semua dilakukan semata-mata nak bagitau dunia yang kononnya MJ bukan seorang Islam.

(Sheikh Ha**d)
The Brotherhood of Islam
Buletin of Bahrain

Dialihbahasa oleh http://beautifulnara.com
-nmjnh.wordpress.com

24 Julai 2009

Respon : HAri Guru atau Hari Guru Besar?

Di bawah adalah respon artikel saya yang bertajuk "Hari Guru atau Hari Guru Besar" yang saya dapat daripada http://www.sabahdaily.com/2009/07/hari-guru-atau-hari-guru-besar/

Harap dapat berikan respon dari anda. Terima kasih.
  1. Zamzam on July 21st, 2009 at 9:26 am

    Saya amat bersetuju dengan komen dari saudara Mohd. Saya amat yakin ada banyak sekolah-sekolah menghadapi masalah yang sama. Apabila Guru Besar atau Pengetua nak bodek orang atas Cikgu-cikgu yang jadi mangsa. Kalau ada guru yang berani nak memberi pandangan yang tidak mengikut selera Guru Besar atau Pengetua mereka akan diugut dengan bermacam-macam ugutan dan yang paling popular adalah Laporan Prestasi yang akan ditenyeh oleh Besar atau Pengetua.

    Sampai bila kita nak hidup dalam budaya songsang begini dan hanya segelintir guru sahaja yang berani menegakkan kebenaran dan majoriti hanya merungut dibelakang dan selesa menjadi pak dan mak turut kepada Guru Bease/Pengetua yang tidak berkarisma ini.

    Bangkitlah wahai kaum Guru membela hak kamu dan demi pembangunan anak bangsa bangkitlah menentang budaya songsang yang sudah menjadi amalan sistem pemerintahan di Malaysia yang tercinta ini. Sampai bila kita sanggup dicucuk hidung untuk patuh kepada benda yang songsang.

    Pernah satu ketika Guru Besar/Pengetua begitu taksub untuk mengadakan majlis Sambutan Detik Malam Merdeka mengarahkan murid-murid dan guru-guru untuk berada disekolah hingga tengah malam tanpa memikirkan faktor keselamatan dan sosial kepada mangsa nafsu rakusnya untuk meraikan VIP yang akan hadir.

    Sampai bila kita akan dilembukan oleh pemimpin yang tidak kompeten ini. Sampai bila… tepuk dada tanya IMAN.

Disyaki Michael Jackson dibunuh kerana dia Islam

Bermacam yang telah kita dengar tentang saudara kita Mikael Jackson (dulu Michael Jackson). Yang pelik sekali adalah kenyataan Obama seminggu selepas kematian mengejut Mikael (MJ) -”I love MJ, Igrow up listening to his songs. It is a great loss, but rest asured that there is no conspiracy in his death”.

Kenapa Presiden Amerika Syarikat ini terburu-buru menafikan tiadanya konspirasi membunuh MJ. Adakah awal-awal itu lagi Obama sudah diberitahu oleh CIA bahawa MJ terpaksa dibunuh sebab dia sudah peluk Islam dan akan mengistiharkannya kepada dunia diakhir siri persembahannya yang terakhir secara live di UK.

Berikut adalah suatu artikel dalam Bahasa Inggeris yang boleh buat kita berfikir….. renungkanlah:

“Michael Jackson (MJ) was known as the most loving person in the world. He gave up most of his assets for charity and all his life, he fought for equality of the African Americans, AIDS victims, Against Drug Abuse, Against Abortion, Against Child Labor and secretly channelled his properties for the hungry children of the world.
However, he wasn’t peace at heart. He always think of himself as a child trapped inside a man’s body. Being Peter Pan is all his dream, never to grow up, forever a child. That inspires him to build Neverland - a heaven for children. Children of all ages and races are welcomed to Neverland. MJ had so much love to give.
However, he made a mistake which he didn’t know of the consequences. He saw the peaceful life his brother, Jermaine (Muhammad Abdul Aziz) had as a Muslim - true, Jermaine faced so much pressure that he moved to Bahrain.
In 1989, MJ made a press conference which shocked the world, “I have seen the Islam in the life of my brother, I have read the books about Islam. And I’d love to someday feel the calmness and peace of Islam….”

Since that, MJ’s life was never the same again. He was accused of so many accusations against child molestation. MJ was not someone who can deal with much pressure as he is a ‘delicate child’. All the extortion and black mail followed after that. Everything he did was being seen as wrong in the eyes of the Media. All these are to influence his fans to hate MJ. If he is hated, then he would not be influential anymore.

For several years, he stayed in England. Getting motivation from a long time friend, Cat Stevens, who had converted into Islam - named Yusuf Islam. From him, MJ learnt how Yusuf had survived being Muslim. He made friends with a song writer, Zain Bhikha too, who wrote a song titled, “GIVE THANKS TO ALLAH”, which he wanted MJ to sing whenever he is ready.

Following his trial, MJ withdrew to Bahrain, where he was the special guest of sheik Abdullah bin Hamad Al Khalifa, the son of Bahrain’s king. It was then that Michael began to give conversion more “serious thought.” MJ stayed in Bahrain for approximately 3 years. He studied Islam, the prayers and learn to read the Koran (al-Quran).

Finally, he came back to Los Angeles and in November 2008 MJ had formally converted to Islam in a ceremony at a close friend’s house in Los Angeles. He perform Haj with the King of Bahrain and son on December 2008.

He had a hidden agenda when he wanted to make a final comeback. He announced in a press conference on March 2009, “This will be my final concert. I’ll see you all in July….”.

He planned that during his concert, he would announce that this is the FINAL concert as he wouldn’t be performing anymore. He will declare that he is a Muslim and will only sing with Yusuf Islam and Friends.

At the end of the concert, he will be singing the song, “GIVE THANKS TO ALLAH” with Yusuf Islam. That is the reason why he chose London as his final concert venue instead of the USA. It was because he thought he could escape the USA’s extortion, and that he could perform with yusuf Islam who is in England.

At 12.30am, 25th June 2009, he hugged his production manager and said, “After reherasing for 2 months, I am finally ready for the concert…” Before leaving to sleep, he waved his dancers, “It was a good night everyone. I’ll see you all tomorrow…. ” The next thing… He was pronounced dead at 2.26am….

When 911 was called, there are so much questions asked. It is as if they didn’t know who MJ is and where he lived. The questions asked are more towards to delay time. The hospital said the autopsy result can only be obtained after 2 months - very illogical as even the worst African technology could obtain the result in less than 2 weeks.

MJ’s family members opt for second private autopsy as they started to feel something fishy is going on. The result came out in about 4 days - MJ was drugged with high dosage of anaesthetic - drug that brings about a reversible loss of consciousness, if used to much could stop the heart from beating.

Another result which was not aired in the media was, MJ’s stomach is empty of this drug, but his blood were filled with it - same case as the death of Marilyn Monroe. The private doctors also found many needle marks, afraid to be forced injections given to MJ on his bed.

In CNN Live after a week, Barack Obama was interviewed. And he said, “I love MJ, I grew up listening to his songs. It is a great loss, but rest assured that there is no conspiracy in his death..”

Now, why must a President made such statement before the official autopsy result came out? How would he know that there is no conspiracy without the post-mortem result? Seems like someone is afraid of his shadows.

MJ was known to the world as a person who is against drug abuse. Why must he be addicted to drug, then? If he wanted to commit suicide, why rehearse for his concert? And why will he want to see his dancers the next day?

Enough about his death. I am sure people around the world is not stupid anymore. These supreme power can fool us during the Marilyn Monroe conspiracy, Martin Luther King and Princess Diana. But in this MJ’s case, they left too many loopholes for those who think…!!

MJ left us with this unfinished studio-recorded song, GIVE THANKS TO ALLAH. You can download this song here: http://www.filefact/ ory.com/file/ ahb80ff/n/ Micheal_Jackson_ -_Give_Thanks_ To_Allah_mp3

MJ’s family was about to give him a Muslim burial with the help of The Brotherhood of Islam. But, the CIA showed up at Neverland’s door - blackmailed them that if they do so publicly, Katherine (MJ’s mother) would be pull off from MJ’s 3 children’s custody as well as MJ’s estates. Instead, they’ll hire Debbie Rowe for the purpose, and the court will be in their favour. So much for democracy and fairness…

Finally, they agreed to let MJ have a Muslim Burial in Neverland. But in condition, must show to the public a Christian Memorial Service, as to prove to the world that MJ was never a Muslim.

So, Staples Centre was just a normal show. That’s why the coffin was closed and sealed.

MJ was buried days earlier. The Gold Coffin was empty. They were about to bury the Coffin according to Christianity ways in Hollywood - as in their deal with the USA Government.

These happened, because the USA is afraid of the rising numbers of Muslims in the world.

(Sheikh Ha**d)
The Brotherhood of Islam
Buletin of Bahrain

20 Julai 2009

Hari Guru atau Hari Guru Besar?

Hari Guru 2009

Apabila disebut hari guru, semua akan berfikir guru-guru seluruh malaysia akan bergembira dengan datangnya hari tersebut. Tidak kurang juga guru-guru di daerah Lahad Datu ini.

Tapi yang saya ingin nyatakan adalah ketidakpuasaan hati guru-guru yang berkhidmat di sini. Hari Guru yang disambut dengan meriah hanya dirayakan oleh golongan tertentu sahaja. Golongan yang saya maksudkan adalah GURU BESAR DAN PENOLONG KANAN SEKOLAH serta PEGAWAI-PEGAWAI PELAJARAN DAERAH.

Mungkin mereka beranggapan mereka sahaja guru. Jadi, guru penolong/guru biasa apa? Kuli? Hamba? Pejabat pelajaran daerah mengeluarkan surat memohon yuran hari guru RM3 bagi setiap guru di seluruh pelosok derah Lahad Datu ini. Jika ada guru yang tidak membayarnya, nama akan 'naik' ke pejabat? Apa ini semua? Mengugut? Wang dikutip setiap seorang tapi tidak dibenarkan menghadirkan diri ke majlis sambutan hari guru. Jadi wang yang dikutip itu untuk siapa? Pegawai dan guru-guru besar serta PK sekolah? Dahlah gaji besar mau ambik lagi duit guru-guru bagi meraikan diri mereka.

Di mana dana/kos yang mereka dapat dengan menyewa dewan daearah Lahad Datu, makan minum pegawai, hiasan pentas, banner, PA sistem dan banyak lagi. Semua itu dibayar dari duit kutipan guru-guru?

Kalau tidak mampu mengadakan sesuatu majlis kerana kekurangan bajet, saya nasihatkan lebih baik janganlah anda buat. Kalau mahu buat juga, kutiplah dana dari mereka yang perlu hadir sahaja. Jangan libatkan guru-guru yang tidak dijemput hadir sama dalam majlis tersebut. Ini tidak, siap 'mengugut' gur kalu tidak membayar.

Fikir...fikirkanlah

17 Julai 2009

Ragui cara sembelihan

Oleh Mohd Fauzi Abdullah
fauzie@hmetro.com.my


KUANTAN: Halalkah ayam yang anda makan? Persoalan itu menjadi igauan kepada penduduk sekitar bandar ini apabila Jabatan Agama Islam Pahang (Jaip) yang menyerbu sebuah pusat pemprosesan ayam di Jalan Gambang di sini, baru-baru ini, mendapati operasinya tidak mengikut syarat ditetapkan.

Lebih menjijikkan, ayam yang sudah disembelih dilonggokkan dalam bekas diperbuat daripada tayar lori dan dibiarkan berselerak di atas lantai dengan dipenuhi darah dan bulu haiwan itu.

Cara haiwan itu disembelih turut menjadi persoalan sama ada dilakukan dengan sempurna atau mati akibat lemas selepas dihumban ke dalam bekas yang disusun bertingkat untuk meletakkan ayam terbabit selepas disembelih.

Difahamkan, ayam itu bukan saja dipasarkan di restoran dan kedai runcit, malah turut diedar ke pasar raya di sekitar bandar ini.

09 Julai 2009

Berikut adalah sebahagian pendapat yang saya dapat dari
http://tehranifaisal.blogspot.com/2009/07/ppsmi-mahathir-patut-keluar-umno-sekali.html

Resolusi UNESCO (1951:691): On educational grounds we recommend that the use of the mother tongue be extended to as late a stage in education as possible. In particular, pupils should begin their schooling through the medium of the mother tongue, because they understand it best and because to begin their school life in the mother tongue will make the break between home and school as small as possible.


Terjemahan resolusi UNESCO:
Berkenaan kepentingan pendidikan, kami menggesa supaya bahasa ibunda digunakan selama yang boleh dalam semua peringkat pendidikan. Ini lebih-lebih lagi penting supaya kanak-kanak memulakan pendidikan mereka dalam bahasa ibunda sebagai bahasa penghantar, kerana itulah bahasa yang sangat mereka fahami, dan penggunaan bahasa ibunda akan menghapuskan kelainan antara bahasa di rumah dan bahasa di sekolah.

22 Jun 2009

Projek Mi Segera di Lahad Datu..?

Catatan diperolehi daripada : http://www.sabahdaily.com/2009/06/projek-mi-segera-di-lahad-datu/

WALAUPUN Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Panglima Mohd Najib Tun Abduk Razak memberi jaminan bahawa tidak ada lagi projek ‘mi segera’ dipraktikkan, namun Majlis Amanah Rakyat (MARA) daerah Lahad Datu gagal memahami program pembangunan 1Malaysia yang dicetuskan Najib.

“Mara bukan sahaja mendirikan projek kilat ala ‘mi segera’ malah projek ini adalah projek haram yang tidak mendapat kelulusan pihak berkuasa tempatan. Projek ini dibina di atas formasi Lebuh raya Lahad Datu Sandakan yang akn dinaiktaraf sebagai jalan berkembar,” ujar Ketua Cabang Parti Keadilan Rakyat (PKR) Lahad Datu, Johani Abdul Halim yang membawa krew sabahkini.net melawat lokasi projek mi segera bernilai RM50,000.

Pembinaan gerai ini, kata Johani, tidak mendapat kelulusan Majlis daerah Lahad Datu kerana tidak menepati piawaian yang ditetapkan iaitu gerai mudah alih dan bukannya gerai tetap seperti yang dibina di atas formasi jalan.

Akibatnya, program awal mengalakkan masyarakat kurang bernasib baik berniaga secara kecil-kecilan hanya menjadi igauan ngeri mereka kerana telah membeli segala peralatan yang diperlukan untuk memulakan perniagaan, sebaliknya belum dapat berniaga sejak beberapa bulan lalu.

“Bukankah ini menyiksa masyarakat kerana peruntukan yang disediakan untuk membina gerai ini hanya mengenyangkan kontraktor dan pihak yang memohon projek ini sedangkan bakal peniaga yang menanggung derita,” ujar Johani yang memberitahu para peniaga datang mengadu kepada beliau berhubung larangan Majlis Daerah Lahad Datu.

Kata Johani lagi, gerai tersebut kini dijadikan garaj letak kereta sedangkan peniaga kerugian setiap hari kerana ada di antara mereka membuat pinjaman dengan ceti haram dan usahamaju untuk memulakan perniagan yang belum bermula sehingga kini.

Menurut Johani, kerajaan Barisan Nasional membazirkan wang rakyat untuk membina jalan raya di kawasan persendirian dan bangunan di kawasan milik peribadi yang belum diwakafkan atau diserahkan kepada kerajaan untuk dijadikan tanah rizab.

“Lebih RM10 juta telah dibelanjakan secara membazir di daerah ini sama ada melalui sistem cabutan berkomputer atau sebutharga terbuka,” kata Johani yang mengakui mempunyai bank data projek mi segera yang telah dilaksanakan tetapi tidak memberi manfaat kepada rakyat. -Sabahkini

17 Jun 2009

Guru Moral paksa seks oral, bogel

Oleh Misiah Taib
misiah@bharian.com.my

Rakam foto, 4 murid jadi mangsa

KUCHING: Harapkan pagar, pagar makan padi. Demikian yang berlaku di sebuah sekolah rendah di luar bandar di Sebauh dalam Bahagian Bintulu, apabila guru yang mengajar subjek Pendidikan Moral dilaporkan memaksa seorang murid Tahun Empat melakukan seks oral terhadapnya.

Guru itu juga dilaporkan memaksa tiga lagi murid perempuan, seorang Tahun Empat dan dua Tahun Dua berbogel sebelum merakam gambar mereka.

Guru berusia 24 tahun itu melakukan perbuatan itu beberapa kali antara 12 Mei hingga 20 Mei lalu di bilik Kemahiran Hidup sekolah berkenaan.

Guru sama juga yang dikatakan baru berpindah ke sekolah itu awal tahun ini, turut mengajar subjek Kajian Tempatan, Pendidikan Jasmani dan Pendidikan Kesihatan.

Laporan polis hanya dibuat kelmarin selepas murid terbabit yang tinggal di asrama menceritakan kejadian itu kepada guru.

Berikutan itu polis menahan guru terbabit petang semalam untuk siasatan lanjut, manakala murid terbabit dibawa untuk pemeriksaan perubatan.

Pengarah Pelajaran Sarawak, Dr Julaihi Bujang, berkata beliau sudah menerima laporan awal daripada Pejabat Pelajaran Daerah Bintulu dan pegawai dari Ibu pejabat di sini akan dihantar ke Bintulu hari ini untuk menjalankan siasatan dalaman.

“Jabatan tidak bertolak ansur dalam kes kakitangan atau guru terbabit gangguan seksual terhadap pelajar. Mereka akan dibuang kerja sebaik didapati bersalah,” katanya.

Beliau berkata, pegawai pelajaran daerah juga mengambil keterangan empat murid terbabit.

“Berkuat kuasa pagi semalam juga guru terbabit ditugaskan ke Pejabat Pelajaran Daerah Bintulu kerana bimbang mengganggu siasatan, namun petang semalam, Ibu pejabat Polis Sarawak mengeluarkan arahan menahannya,” katanya.

Beliau berkata, kes seperti itu adalah terpencil dengan majoriti 38,000 guru di Sarawak yang lebih bertanggungjawab.

Sementara itu, Timbalan Pesuruhjaya Polis Kontijen Sarawak, SAC1 Datuk Hamza Taib mengesahkan polis menerima laporan dan siasatan masih dijalankan.

Berita Harian Online: 17 Jun 2009

Suara Hati Seorang guru Sekolah

Catatan ini saya petik dari http://marni-ameera.blogspot.com/

Seorang guru yang menemani saya berbual sambil menunggu giliran berurusan di sebuah bank mengeluh panjang apabila sesi ‘sembang-sembang’ kami menyentuh isu dasar dan sistem pendidikan.

Katanya, sistem pendidikan di Tanah Melayu ini semakin mencabar kewibawaan guru-guru. Dasar dan sistem dirombak serta diubah suai setiap kali pucuk pimpinan bertukar tangan.

Malangnya, jika sistem atau dasar yang diperkenalkan itu gagal, guru dan pelajarlah yang bakal dijadikan mangsa untuk mereka melemparkan segala beban kesilapan.

Pelajar akan dikatakan tidak berdaya saing, kurang tumpuan dan kurang usaha. Guru pula akan dikatakan tidak cukup latihan, kurang pendedahan, perlu lebih fokus di samping perlu menghadiri kursus demi kursus bagi memantapkan kebolehan mereka mengajar.

Katanya lagi, tidak pula pihak berkenaan berusaha mengkaji kesilapan dasar atau ketetapan yang telah mereka ambil. Hampir tidak pernah juga mereka mengakui sesebuah dasar itu gagal biarpun hakikat kegagalan tersebut jelas kelihatan.

Sambil mengeluh, beliau berkata “Kami bukanlah golongan yang ‘didengari’ oleh mereka. Kami adalah golongan yang hanya boleh menerima arahan dan melaksanakannya”.

Justeru beliau sangat berterima kasih kepada pihak yang sudi memperjuangkan isu berkaitan perguruan dan pendidikan di Tanah Melayu ini.

Apabila saya bertanya pendapatnya tentang PPSMI, dengan yakin beliau menjawab, “Satu kesilapan baru tidak akan dapat menutup kesilapan lama dan saya yakin PPSMI tidak akan dimansuhkan sepenuhnya”.

12 Jun 2009

Bahasa Inggeris MESTI lulus?

Catatan berbahasa inggeris ini saya perolehi daripada sebuah blog melalui rakan blog saya yang lain. Catatan penuh sila klik di sini.

When I read yesterday about the DPM's desire to make English a must pass subject at the SPM level, I thought, I should not comment yet. Lets listen to what others have to say. Then I thought, "Oh, what the heck".

I have been a teacher of English language since 1977. I have taught in various non-elite schools for the pass 32 years. When I first taught English we used the structural syllabus then we used the communicative syllabus.

I have seen the standard of English deteriorate from year to year. I had all the time wondered, with this deterioration, where would we be able to find competent teachers of the English language to teach the subject? As it is right now, we still have teachers from the old school teaching English but, we, meaning yours sincerely included, are now in our mid-fifties.

Let me relate one experience. A few years back, I was in the canteen and in came a trainee. I struck up a conversation with him and found that his English was passable for conversation sake. So what's the big deal? Don't all young ones, or most of them, speak less than perfect English?

The answer is yes. So no big deal here but it became a big deal to me on that day when the teacher told me that his option was English. Now here you have someone who spoke foul English, a mere 8 weeks short of his posting as an English teacher.....

27 Mei 2009

Siapakah GURU yang DISENANGI pelajar?

Menurut Noran Fauziah Yaakub dan Ahmad Mahdzan Ayob 'Guru dan Perguruan' (1992), personaliti ialah sifat dalaman yang ada pada diri seseorang. Kamus Dewan Edisi 3: 1025 pula memberi definisi sebagai keperibadian, perwatakan.

Personaliti guru dikatakan antara faktor terpenting yang akan memudah atau menyulitkan proses pengajaran dan pembelajaran (P&P). Ini adalah menurut pendapat sarjana pendidikan. Persoalannya ialah apakah ciri guru yang disenangi pelajar?
  1. Guru Yang Peramah.
  2. Emosi yang terkawal.
  3. Suka kepada kanak-kanak.
  4. Ketekunan.
  5. Komitmen.
  6. Dedikasi.
  7. Gigih.
  8. Persediaan rapi.
  9. Mengajar di luar jadual waktu.

KETUA PENGARAH PELAJARAN (1961- sekarang)


AMINUDDIN BAKI
(1961-1965)





TUN HAMDAN SHEIKH TAHIR
(1966-1976)





TAN SRI MURAD MOHAMMED NOOR
(1976-1985)





TAN SRI DR ABDUL RAHMAN ARSHAD
(1985-1991)





TAN SRI ASIAH ABU SAMAH
(1991-1993)





TAN SRI DR WAN ZAHID MOHD NOORDIN
(1993-1997)






DATUK MATNOR DAIM
(1997-1998



DATUK SERI DR ABDUL SHUKOR ABDULLAH
(1998-2001)




TAN SRI ABDUL RAFIE MAHAT
(2001-2004)






DATUK DR AHAMAD SIPON
(2005-2007)





DATUK ALIMUDDIN MOHD DOM
(2007- sekarang)

25 Mei 2009

Mana hilang beras murah?

Sumber: Kosmo Online

Masalah kekurangan bekalan beras Super Tempatan 15 peratus hancur (ST15) kini bagaikan tiada jalan penyelesaian.

Walaupun sering kali rungutan orang ramai serta pengusaha premis perniagaan, kemelut yang berlaku seolah-olah tidak ada jalan keluar.

Tinjauan Kosmo! di sekitar pasar raya dan kedai runcit di sekitar Lembah Klang, Perak, Pahang, Kedah dan Johor mendapati, bekalan beras jenis ST15 langsung tiada di pasaran.

Bagaimanapun, di Melaka, Pulau Pinang dan Negeri Sembilan pula, bekalan beras itu masih ada tetapi jumlahnya agak terhad dan tidak dapat bertahan lama jika tiada sebarang usaha untuk memastikan bekalannya mencukupi.

Beras ST15 ialah beras tempatan yang mengandungi 15 peratus beras hancur dan ia merupakan beras paling murah di pasaran.

Di KUALA LUMPUR, seorang pengusaha kedai runcit, Syed Mohamad Fazrul Rahman, 24, berkata, permintaan terhadap beras ST15 amat tinggi tetapi bekalannya tidak mencukupi.

Menurut beliau, pembekal hanya menghantar 50 kampit beras ST15 sekali dalam tempoh sebulan dan ia akan licin dalam tempoh tiga hari sahaja.

“Keadaan ekonomi yang teruk sekarang ini menyebabkan orang ramai memilih barang yang murah termasuk beras. Kami sebagai peniaga tak boleh nak buat apa-apa sebab bekalan ST15 hanya dihadkan kepada 50 kampit sahaja,” katanya kepada Kosmo! semalam.

Ini antara sebab beras murah 'hilang':

  1. Pembekal 'mencuri' dari tempat pengagihan. Beras itu kemudian dijual kepada orang perseorangan yang dikenali sahaja. Ini bagi mengelakkan perbuatan mereka dikesan.
  2. Peruncit/pekedai menjual pada saudara mara/kawan/sahabat yang rapat dengan mereka. Jika orang lain menanyakan beras tersebut mereka mengatakan habis.
  3. Peruncit menjual dengan harga tinggi di kawasan luar bandar (pedalaman).
Sebab-sebab di atas bukan menfitnah semata-mata. Ini berlaku sendiri di tempat saya dan saya sendiri mengalaminya.


Melayu Mudah Lupa

Melayu mudah lupa
Melayu mudah lupa
Dulu bangsanya dipijak

Melayu mudah lupa
Dulu bangsanya retak

Melayu mudah lupa
Dulu bangsanya teriak

Melayu mudah lupa
Dulu bangsanya haprak

Melayu mudah lupa
Dulu bangsanya kelas dua

Melayu mudah lupa
Dulu bangsanya hina

Melayu mudah lupa
Dulu bangsanya sengketa

Melayu mudah lupa
Dulu bangsanya derita

Melayu mudah lupa
Dulu bangsanya kerdil

Melayu mudah lupa
Dulu bangsanya terpencil

Melayu mudah lupa

Tiada daulat
Tiada maruah
Tiada bebas

Melayu mudah lupa
Melayu mudah lupa
Melayu mudah lupa

Sejarah bangsanya yang lena
Tanah lahirnya yang merekah berdarah

Ingatlah!
Ingatlah!!
Ingatlah

Wahai bangsaku!
Jangan mudah lupa lagi
Kerana perjuanganmu belum selesai.......

Orang ada berkata, kita semuanya 'MALAYSIAN'. Bermaksud kita semua adalah orang melayu. Tidak kira ia daripada suku apa pun. Fenomenanya sekarang, 'kita' yang menganggap diri kita melayu sering pula bergaduh, bertengkar, memfitnah, mengadu domba, batu api, dan tidak mempercayai sesama sendiri. Mereka yang menganggap diri sebagai 'melayu' tidak akan melakukan perbuatan yang saya senaraikan tadi. Jadi, tidaklah berlaku seperti di Perak, orang melayu bergaduh sesama orang melayu. Cina dan India mana? Mereka tidak akan sesekali campur tangan dalam hal melayu. Tidak campur tangan saya maksudkan di sini termasuklah mereka tidak sesekali komen apa yang berlaku pada orang melayu.

Fikir...fikirkan...

“Perjuangan Belum Selesai”


Sesungguhnya tidak ada yang lebih menyayat hati
Dari melihat bangsaku dijajah
Tidak ada yang lebih menyedihkan
dari membiarkan bangsaku dihina
Air mata tiada ertinya
Sejarah silam tiada maknanya
Sekiranya bangsa tercinta terpinggir
Dipersenda dan dilupakan

Bukan kecil langkah wira bangsa
Para pejuang kemerdekaan
Bagi menegakkan kemuliaan
Dan darjat bangsa
Selangkah bererti mara
Mengharung sejuta dugaan
Biarkan bertatih
asalkan langkah itu yakin dan cermat
bagi memastikan negara
merdeka dan bangsa terpelihara
air mata sengsara
mengiringi setiap langkah bapa-bapa kita

Tugas kita bukan kecil
Kerana mengisi kemerdekaan
Rupanya lebih sukar dari bermandi
Keringat dan darah menuntutnya
Lagi pula apalah ertinya kemerdekaan
Kalau bangsaku asyik mengia
Dan menidakkan,
Mengangguk dan membenarkan,
Kerana sekalipun bangganya negara
kerana makmur dan mewahnya
bangsaku masih melata
dan meminta-minta di negaranya sendiri

Bukan kecil tugas kita
Meneruskan perjuangan kemerdekaan kita
Kerana rupanya selain memerdekakan,
Mengisi kemerdekaan jauh lebih sengsara

Bangsaku bukan kecil hati dan jiwanya
Bukankah sejak zaman berzaman
Mereka menjadi pelaut, pengembara
Malah penakluk terkemuka?
Bukankah mereka sudah mengembangkan sayap
Menjadi pedagang dan peniaga
Selain menjadi ulama dan ilmuwan terbilang?
Bukankah bangsaku pernah mengharung
Samudera menjajah dunia yang tak dikenal
Bukankah mereka pernah menjadi
wira serantau
Yang tidak mengenal erti takut dan kematian?

Tugas kita belum selesai rupanya
Bagi memartabat dan memuliakan bangsa
kerana hanya bangsa yang berjaya
akan sentiasa dihormati
Rupanya masih jauh dan berliku jalan kita
Bukan sekadar memerdeka dan mengisinya
tetapi mengangkat darjat dan kemuliaan
buat selama-lamanya
Hari ini, jalan ini pasti semakin berliku
Kerana masa depan belum menjanjikan syurga
Bagi mereka yang lemah dan mudah kecewa

Perjuangan kita belum selesai
Kerana hanya yang cekal dan tabah
Dapat membina mercu tanda
Bangsanya yang berjaya.

- Tun Dr. Mahathir Mohamad (Malam Puisi Utusan, 4 Mei 1996)

22 Mei 2009

Kepintaran manusia


Mungkinkah kepintaran manusia ini dapat dibanggakan? Atau pun kepintaran manusia ini hanya untuk memdapatkan nama dan gelaran?

13 Mei 2009

SEKOLAH DULU-DULU

oleh FIZA MZ HALIM

  • Pergi sekolah jalan kaki, kalau dapat nombor satu, ubu bapa hadiahkan basikal-rasa hebatlah sedikit.
  • Pukul 5 pagi sudah dikejut ibu dan mandi, alahai, sejuknya air kolah... Sesetengahnya pula, jam 6.59 pagi sudah tercegat di hadapan pintu pagar sekolah!
  • Wang RM5 untuk 1 minggu sudah dikira banyak.
  • Kasut paling glamor: Fung Keong, Bata dan Pallas Jazz...
  • Permainan waktu rehat: Timbang bulu ayam, bola sepak, galah panjang, batu seremban atau jengkek kapal terbang.
  • Tak buat kerja rumah pasti dimarahi cikgu, didenda berdiri di luar kelas sambil junjung buku di kepala. Yang kena marah, tak berani beritahu ibu bapa, takut-takut kena rotan di rumah pula!
  • Tak bawa baju PJ, kena berdiri. Lupa kali kedua, berdiri atas kerusi. Lupa lagi kali ketiga berdiri atas mejalah jawabnya!
  • Paling seronok, hujung minggu tak lekat di rumah. Berkumpul dengan kawan-kawan main pondok-pondok, tuju selipar atau memancing di sungai hujung kampung!
  • Zaman ibu bapa kita pula, dengarnya lebih hebat apabila si ayah yang menghantar anak-anak ke sekolah, dibawa sekali rotan runcing sebagai amanah kepada guru, 'rotanlah anak saya andai dia berbuat salah agar jadi orang berguna...'
  • Guru-guru memang garang, tetapi hatinya baik dan niatnya murni. Sekali cikgu marah, herdik, tengking, pukul dan rotan - pasti ingat sampai bila-bila agar kecuaian sendiri tidak diulangi. Apabila sudah dewasa, kita berasa sangat berterima kasih kepada guru-guru yang mendidik kita menjadi insan berguna kepada keluarga, bangsa masyarakat dan negara. Masakan guru bisa melaksanakan hukuman yang memudaratkan kerana apabila pulang ke rumah, mereka juga adalah ayah atau ibu kepada remaja dan anak kecil yan sedang membesar! Fikir-fikirkanlah...

09 Mei 2009

Lagi...lagi...ppsmi

Berikut respon saya tentang tulisan Fikir Dulu Sebelum Mendukung Biawak Hidup oleh Mohd Isa bin Abd Razak dalam http://mohdisa-abdrazak.blogspot.com. Respon saya dalam tulisan berwarna.

2. Ada banyak sebab mereka ketinggalan. Di sini dikemukakan dua sebab penting. Yang pertama, mereka sibuk. Yang kedua, mereka berpegang pada amalan bahawa semua yang dari atas itu baik. Hal ini sesuai dengan ajaran yang terserap dalam kalbu mereka. Ajaran itu ialah turuti apa-apa sahaja arahan dari atas dan mengangguk-angguk sahaja apabila mendengar suara orang atas.

Sebab 1: Mereka sibuk. Ini benar. Kami guru sekarang amat sibuk dengan tugasan harian seorang guru. Bukan sibuk mengajar dalam bilik darjah TETAPI sibuk melakukan kerja pengkeranian (Insya-Allah, saya akan cuba senaraikan kerja pengkeranin oleh guru). Akibatnya murid tercicir.

Sebab 2: Mereka berpegang pada amalan bahawa semua yang dari atas itu baik. Saya tidak setuju. Saya berikan situasinya seperti ini. Seorang pegawai berjawatan Nazir menyelia sebuah sekolah. Tidak lama kemudian, beliau pencen dan masih dapat berkhidmat semula di sekolah di mana beliau pernah selia dahulu. Apabila ditanya oleh guru di sekolah berkenaan kenapa beliau masuk ke kelas dengan sebatang kapur dan sebuah buku sahaja, sedangkankan KPM tidak mengalakkannya (disarankan bawa BBM). Belaiu menjawab "itu dulu. Kalau tidak tegur kamu, saya yang kena nanti".

4. Memang ada orang menyokong sesuatu dasar secara sembarangan. Ada juga orang menyokong sesuatu dasar kerana kepentingan diri. Tidak kurang pula orang menyokong sesuatu dasar kerana takut. Persoalannya, adakah orang muda yang akan bergelar guru termasuk dalam golongan penakut?

Ramai yang penakut daripada berkata benar. Kenapa mereka takut? SEBAB takut guru besar akan pindahkan ke pedalaman. Dan, markah Sasaran Kerja Tahunan SKT akan rendah. Bila rendah x dapatlah dianugerahkan Khidmat Cemerlang.

Kalau murid lulus M3 dan Sains, mereka dikatakan bagus dalam mata pelajaran berkenaan. Tetapi kalau sebaliknya, guru dikatakan tidak mengajar subjek tersebut dalam BI. Dengan erti kata lain, guru tidak menjalankan PPSMI.

Bermula dengan PPSMI, berlanjutan pula kepada Penilaian Tahap Pencapaian (PTP) ke atas semua guru m3 dan Sains yang tidak kredit BI dalam SPM mereka. Kementerian bertungkus-lumus mencari mereka yang lulus, gagal dan tidak menduduki penilaian itu. Yang lulus, tahniah. Yang gagal, diberikan modul mengikut peringkat kelulusan mereka (beginner, intermedite, expert). Tahun akan datang, mereka perlu duduk sekali lagi bagi menilai hasil pembelajaran memalui modul tersebut. Yang tidak duduk PTP? Tunggu masa dipantau (mungkin dimarah, ditegur, ambil tindakan atau sebaginya) Golongan ini mempunyai alasan masing-masing kenapa tidak menduduki PTP? Antaranya: Pertama: tidak nampak relevannya kalau lulus PTP guru dapat berkomunikasi dengan murid dalam BI dengan lancar dan baik. Yang akhirnya murid dapat LULUS dengan cemerlang. Kedua: tidak sanggup jadi Pak Kadok. Yang mengiyakan semua tindakan orang dari atas. Kalau tidak tahu apa itu PPSMI, baik jangan jalankan.

Akhir kalam, untuk menjadikan murid cemerlang banyak cara dan kaedah. Tidak semestinya dengan berbahasa inggeris murid dapat cemerlang. Dalam M3, pengguasaan yang lemah dalam konsep akan melemahkan keseluruhan tajuk berkenaan. Contoh: murid lemah dalam konsep tambah, berilah mereka tajuk apapun dalam pengoperasian tambah, jawapannya tetap SALAH.

08 Mei 2009

Bacalah Anakku

Membaca adalah amalan mulia. Itulah kata-kata yang sering kita dengar sejak kecil lagi. Kanak-kanak yang diajar untuk membaca sejak kecil lagi amat baik bagi perkembangan mereka. Alhamdullilah, saya melihat buktinya melalui anak saya yang baru berusia 4 tahun.

Saya memperkenalkan buku SIRI CEPAT MEMBACA "Bacalah Anakku" hasil tulisan Nik Eliani Nik Nawi dan Othman Ahamad. Buku ini mempunyai 8 siri. Yang mengembirakan saya serta isteri saya adalah baru 5 bulan 2 hari, anak saya telah membaca dengan baik sehingga buku siri ke-6.

Yang saya ingin tekan di sini bahawa buku ini memang sesuai untuk anak-anak yang baru belajar membaca. Buku SIRI CEPAT MEMBACA ini tidak menekankan anak-anak untuk mengenal huruf TETAPI mereka ditekankan untuk mengenal bunyi huruf.

Sesiapa yang ingin mendapatkannya, sila layari : http://www.readnetwork.com/

LAGU TEMA HARI GURU 2009

LAGU TEMA HARI GURU 2009

GURU PEMBINA NEGARA BANGSA

Bersedia melangkah megah
Walaupun sukar baktiku curah
Demi mu ibu pertiwi
Sumpah ku lafaz janji kukota

Berikrar eratkan bangsa
Kukuhkan cinta kepada Negara
Berjasa terus berjasa
Menyebarkan ilmu tiada batasnya

Guru Pembina Negara Bangsa
Gagah perjuangkan visi Negara
Bangunkan jiwa yang pelbagai rupa
Demi agama dan nusa tercinta

Guru Pembina Negara Bangsa
Tetap Unggul senadakan suara
Sehaluan menggapai matlamatnya
Cemerlang dan gemilangkan Malaysia


Pencipta Lagu : Khairulrizam bin Khalid
Pencipta Lirik : Ili Nurbahirah bt Baharudin
Pengubah Muzik : Marzuki bin T

07 Mei 2009

Cukai: Suatu Yang Kabur

Cukai Pendapatan yang ditambahbaik sekarang memberi kemudahan kepada lebih 1 juta pelayar e-filling. Dengan kemudahan ini, orang ramai tidak perlu lagi menunggu borang cukai pendapatan yang belum tentu lagi mereka akan mendapatnya. Dan juga orang ramai tidak perlu berbaris di pejabat/urusetia LHDN.

Namun, yang menjadi agenda saya di sini ialah penyata gaji tahunan yang sering lewat diberikan kepada pekerja. Kita ambil contoh seperti ini. Tarikh tutup e-filling adalah 30 April. Penyata tahunan sampai ke tangan pekerja 1 minggu atau 2 minggu sebelum tarikh tutup tersebut.

Keadaan ini mendatangkan masalah untuk menghantar e-filling kerana masa yang ada cuma 2 minggu sahaja. Tidak diambil kira kesesakan dalam talian maya LHDN itu sendiri. Akhirnya, ada pekerja yang mengambil jalan dengan mengira sendiri gaji tahunan bagi mengisi e-filling tersebut.

Dengan tindakan majikan yang melambatkan penyata gaji tahunan diberikan kepada anak buah, dan anak buah mengisinya dengan mencongak gaji tahunan mereka, belum tentu ia akan dapat memberikan apa yang LHDN mahukan.

Begitu juga tindakan majikan yang 'terlupa' membuat Pembayaran Cukai Berjadual (PCB) kepada anak buahnya. PCB ini perlu diberitahu oleh majikan bagi membolehkan anak buahnya mengisi e-filling dengan betul dan teratur

Ada orang mengatakan, kita sebagai anak buah seperti "mentimun". Mengelek kita kena juga, digelek pun kita kena juga.

Fikir...fikirkanlah.

Menjilat Muntah Sendiri

Diperolehi daripada : http://ehsanhalim.blogspot.com/

Artikel asal : http://kayumanis.blogspot.com/

Bismillahirrahmanirrahim

Pernah tak anda jumpa ada makhluk yang selepas dia muntah, dia jilat balik muntah dia? Pernah?

Mungkin sebahagian dari anda x pernah. Kalau ada la makhluk yang memang makan muntah dia sendiri, agak-agak dia dari jenis makhluk Allah yang mana? Jin? Manusia? Iblis? Ikut suka anda nak pilih yang mana.

Cuma kali ini saya nak berkongsi dengan anda. Pengalaman saya. Berjumpa dengan sejenis makhluk Allah yang menjilat muntah dia sendiri. Boleh bayangkan? Muntah busuk lagi memualkan yang keluar dari mulut kemudian jatuh ke tanah akhirnya dijilatnya kembali. Ditonyohnya mukanya ke tanah untuk menjilat muntah tersebut. Kelihatan sangat hina dan menjijikkan. Anda boleh bayangkan betapa buruk dan hodohnya muka dia apabila dipenuhi dengan kotoran debu tanah dan muntah selepas selesai menjilat muntahnya sendiri. Dahsyat bukan? Betapa hinanya. Pertama kali saya jumpa makhluk tersebut.

Makhluk yang saya jumpa tersebut adalah dari jenis makhluk Allah yang bernama manusia. Dari apa yang saya gambarkan di atas mungkin kelihatan terlalu dahsyat untuk dilakukan oleh seorang manusia. Sebenarnya ia adalah metafora saya. Bagi menggambarkan peribadi manusia yang menghinakan dirinya sendiri. Saya ulangi ”menghinakan dirinya sendiri”. Bukan orang lain yang hina dirinya, tapi dia sendiri yang menghinakan diri dia. Dulu dia kata benda tu buruk, tapi sekarang dia sendiri yang buat benda buruk yang dikatakan tu. Malang bukan. Itulah yang saya maksudkan dia menghinakan dirinya sendiri dan itulah juga yang saya umpamakan dengan satu makhluk yang memuntahkan isi perutnya, kemudian akhirnya dijilatnya kembali. Sesungguhnya dia benar-benar menghinakan dirinya sendiri.

Pernah anda jumpa manusia seperti itu? Kasihan bukan? Itulah ujian Allah untuk dirinya.

Saya pernah jumpa dengan manusia seperti itu. Dia kawan dan sahabat saya. Benar-benar kawan dan sahabat. Biarlah saya namakan dia ’A’ dalam tulisan ini. Lelaki atau perempuan terpulang pada anda untuk memberikan wataknya. Saya hanya namanya sebagai A.

Kisahnya begini. Dulu saya dan A selalu berbicang. Berkenaan dengan masalah couple dan maksiat yang rakan-rakan lain sering lakukan. Kami memang membenci maksiat dan couple yang mereka lakukan. Muka-muka yang selalu bercouple memang kami cuba kenal pasti. Kami tidak membenci mereka, tapi kami hanya membenci perbuatan maksiat yang mereka lakukan itu. Setiap kali kami membincangkan perkara maksiat yang kawan-kawan kami lakukan, kami tanamkan di hati bahawa kami ingin diri dia. Bukan seronok-seronok membicarakan keburukan orang. A sangat faham perkara ini. Begitu juga saya. Niat kami hnya satu, untuk bawa mereka kembali ke pada Allah. Kami benci maksiat kerana Allah membenci maksiat.

Saya teringat satu kisah. Satu hari A, bagitau saya. Katanya ada seorang kawan kami bercouple. Biar saya namakan kawan yang bercouple tu dengan nama B. Lelaki atau perempuan terpulang pada anda untuk memberikan wataknya.

Bila A beritahu saya B bercouple, saya terkejut. Saya tak sangka. Memang tak sangka. Sebab tengok dari perwatakan B memang tak bawa watak budak couple. Malah dia juga pernah menentang budaya couple ni. Tapi sekarang dia pula yang bercouple. Saya bingung. Saya istighfar menginsafi diri dan berta’awuz memohon perlindungan kepada Allah dari godaan syaitan yang direjam. Hati saya bergetar bimbang dan berdebar. Takut-takut Allah bolak balikkan hati saya seperti hati B.

Kata A, B memang bercouple. Mereka selalu ber’SMS’. Ber’SMS’ dengan pasangannya. Pagi petang siang malam. Dalam mimpi dalam jaga. Kerap sangat. Berdasarkan dari pengalaman saya membaca msg orang yang bercouple, ia ada pelbagai versi. Bagi pasangan couple yang takda asas agama, SMS mereka biasanya berunsur seks, benda remeh-temeh(cth: dah makan blm?or gud nite) dan lain-lain. Manakala bagi pasangan couple yang islamik, SMS mereka biasanya berunsur nasihat (cth, semoga ana menjadi suami misali untuk anti, or semoga ana blh menjadi teman seperjuangan anta), kata-kata pendorong semangat dan lain-lain. Tapi semua itu ada niat terselindung. Makar syaitan menjadikan sesuatu yang buruk itu indah bagi mereka. Syaitan sangat licik. Bagi yang Islamik syaitan sesatkan mereka dengan cara ber SMS ’cara islamik.’

Saya dan A cuba nasihati B supaya jangan ada apa-apa hubungan dengan berlainan jantina selagi tiada ikatan pernikahan. B degil. Dia tetap nak ada hubungan juga. Kata B dia tak buat apa-apa pun dengan budak yang dia SMS tu, hanya sekadar SMS. Saya memang akui kebenaran kata-kata B. Mereka hanya SMS.Tidak pernah bersua muka. Tidak pernah berdating.

Namun, bila ditanya pada B, apa content SMS dia setiap kali dia hantar pada pasangannya. B kata, hanya kata-kata semangat, bertanya khabar dan nasihat. Nampaknya semua ni bukanlah bersifat keperluan. Tapi kalau SMS sebab nak tanya tugasan akademik misalnya, itu takda masalah.

A menggeleng kepala tanda kecewa kepada B.

”Bukankah Islam melarang lelaki dan perempuan tanpa ikatan syarak bermesra-mesraan seperti sudah bersuami isteri?” tanya A kepada B.

B hanya mendiam diri. Memasam muka tanda protes. B memang degil. Hatinya sudah keras untuk menerima nasihat.


”(dengan sebab keingkaran mereka), Allah MENGUNCI HATI serta pendengaran mereka, dan pada penglihatan mereka telah tertutup dan bagi mereka pula disediakan azab seksa Yang amat besar.” (al-Baqarah: ayat 7)



Saya dan A membiarkan B. Mudah-mudahan dia boleh berubah. Bagi kami respon B itu perkara biasa. Memang kebanyakkan mereka yang bercouple akan sukar menerima nasihat. Mereka telah mabuk. Mabuk cinta. Orang mabuk memang tidak pernah faham nasihat orang.

Saya dan A masih meneruskan usaha. Melakukan amar maaruf nahi mungkar. Mencegah couple. A sangat tegas mencegah couple. Marah betul dia bila dia tahu ada rakan-rakan yang bercouple. Tambah-tambah yang keluar berdating. A sangat pantang! Setiap kali dia dapat maklumat baru pasal gejala couple. Dia akan maklumkan pada saya.

Namun, tidak beberapa lama kemudian, A mendiam diri. Dah lama dia tidak sentuh masalah couple. Saya agak pelik.

Rupa-rupanya saya mendapat tahu A sedang bercouple. Dia juga ada hubungan berlainan jantina.

Saya terkejut. Kenapa boleh jadi begini? Dulu dia menentang couple, tapi sekarang dia pula yang bercouple. Dulu macam-macam keburukan bercouple keluar dari mulutnya apabila menasihati orang tapi sekarang dia sendiri buat apa yang dikatakan. Nampaknya dia menjilat semula apa yang telah dimuntahkan.

Dulu A pernah beritahu saya, zina itu boleh bermula dari beberapa step. Step pertama dari pandangan mata, kedua mereka berSMS, ketiga mereka caling-caling, keempat mereka sekadar berjumpa, kemudian keluar bersama, kemudian…

Tapi sekarang A sendiri yang buat step-step tu. Semasa saya tahu A bercouple, A sudah melakukan step keempat. Dia sudah berjumpa-jumpa dengan pasangan dia. Menjalankan hubungan intim. Ah, A memang sedang mencelakakan dirinya. Adakah A tidak tahu perbuatannya itu dilarang dalam Islam? Adakah dia sudah lupa nasihat-nasihat yang pernah dia berikan pada mereka yang bercouple satu ketika dulu? Hati saya panas.

Patutkah kamu menyuruh manusia supaya berbuat kebaikan sedang kamu lupa akan diri kamu sendiri; padahal kamu semua membaca Kitab Allah, tidakkah kamu berakal? (al-Baqarah:ayat 44)

Saya jadi risau. Beristighfar panjang. Memohon ampun kepada Allah atas dosa yang pernah saya lakukan. Persoalan timbul di fikiran saya:



KENAPA ORANG YANG PERNAH MENENTANG COUPLE SEPERTI A DAN B, AKHIRNYA MEREKA SENDIRI YANG BERCOUPLE?



Mungkin mereka buat dengan tidak ikhlas. Mungkin buat sekadar seronok membicarakan keaiban orang atau buat kerana nafsu marah.Bukan kerana Allah.

Saya jadi risau. Saya juga menentang budaya couple. Adakah saya bakal senasib dengan A dan B? Dulu kononnya saya sangat benci dengan couple tapi akhirnya saya yang bercouple? Na’uzubillah. Tak sanggup rasanya untuk menjilat semula ’muntah-muntah’ dulu.

Jika satu hari nanti Allah uji saya dengan ujian seperti A dan B, harap anda yang membaca blog ini segera nasihatkan saya. Ingat nasihatkan. Nasihatkan. Bahkan jika anda adalah individu yang saya cuba couple. Maka janganlah diterima. Ingatkan saya pada artikel yang saya tulis.

Kepada anda yang membaca tulisan ini, jika anda terasa berada pada posisi yang sama dengan A, kembalilah kepada Allah. Sesungguhnya anda telah ditipu nafsu dan syaitan. Sesungguhnya kecelakaan besar menanti anda di Mahkamah Allah jika anda tidak berubah. Bertakwalah kita kepada Allah.



Ketika belenggu dan rantai dipasung di leher mereka, sambil mereka, diseret. Ke dalam air panas yang menggelegak kemudian mereka dibakar dalam api neraka. (Al-Mukmin:Ayat 71-71)



Pada B, jangan terlalu degil. Fikirlah dengan disuluhi cahaya iman dan taqwa. Dunia hanya sementara. Jika ada insan-insan yang masih menasihati anda supaya jangan bercouple, terimalah. Semoga anda jumpa jalan pulang.

-Segala apa yang ditulis ini adalah rekaan semata-mata tetapi ada kaitan dengan yang masih hidup dan tiada kaitan dengan yang telah meninggal dunia. Tulisan ini adalah dari pengalaman penulis masa muda-muda dulu era 90an.

Kerani atau Cikgu

Tugas seorang cikgu sekarang semakin mencabar fizikal dan mental. Apa tidaknya, pagi pergi sekolah, petang juga pergi sekolah. Malah, ada juga sebelah malam pergi sekolah.

Kalau dihitung, sabtu juga pergi SEKOLAH. Hujung minggu? Ada juga pergi sekolah sebab PIBG adakan mesyuarat.

Kerja-kerja di sekolah bukan saja mengajar dalam kelas, TAPI kerja pengkeranian CIKGU buat. Malahan, cikgu MESTI pandai buat. Antaranya, memasukkan data PLBS, PEKA, PAFA, SSM, BMM, buku adab belajar (kerja Majlis Guru Besar), RMT, KWAMP.

Ini tidaklah termasuk kerja melatih murid/pelajar yang kononnya PPD mahu wakil sekolah tersebut. Yang jadi masalahnya surat/panggilan telefon 3 / 4 sebelum pertandingan. Kelam-kabut cikgu besar mengarahkan cikgu kecil melatih. Sebab takut mahu jawab dengan PPD kalau tidak hantar.

Dengan erti kata lain, kelas akan tinggal tanpa ada guru pengganti. Siapa mahu ganti? Masa rehat cikgu tu hanya 1 jam saja, Selepas itu, ada kelas lain lagi yang perlu cikgu itu masuk.

Pendek kata, masa guru bukan dalam kelas untuk mengajar TETAPI membuat kerja pengkeranian.

30 April 2009

Musykil

diambil daripada http://marni-ameera.blogspot.com/

29 April 2009

Musykil

Saya ingin menunjukkan satu daripada kelemahan dalam sistem pendidikan di negara kita, biarpun ia mungkin dianggap remeh. Kali ini, bukan melalui penyelidikan impirikal dan bukan juga melalui ulasan dan pandangan orang lain.

Kali ini adalah dari analisis dan semakan saya sendiri terhadap kertas ujian bagi mata pelajaran bahasa Inggeris dan sains untuk pelajar sekolah rendah (Tahun 1).

Dalam ujian bulanan pertama, kertas soalan bagi mata pelajaran bahasa Inggeris memerlukan pelajar menyuai padan huruf A dengan a, B dengan b dan begitulah huruf seterusnya. Rupanya mereka baru belajar mengenal huruf!

Ada juga soalan meminta mereka melengkapkan ejaan perkataan ‘Good Morning’, ‘Good Afternoon’, ‘Good Evening’ dan menyuai padankan ejaan tersebut dengan gambar yang disertakan. Rupanya mereka baru belajar mengeja!

Ada juga soalan yang meminta pelajar mengisi tempat kosong dalam ayat-ayat pendek yang disediakan. Saya fikir, pelajar dapat menjawab soalan ini bukan kerana mereka faham ayat yang ditulis, tetapi mereka meneka perkataan atau jawapan berdasarkan gambar yang disertakan. Rupanya mereka baru belajar membina kosa kata!

Tiada sebarang keraguan ketika saya membuat semakan untuk mata pelajaran ini. Saya menganggap soalan-soalan bagi mata pelajaran ini sesuai untuk pelajar yang baru berkenalan dengan bahasa Inggeris dan baru hendak belajar membina perkataan dalam bahasa tersebut.

Namun kemusykilan timbul apabila saya membuka kertas soalan bagi mata pelajaran sains.

Saya tidak fikir pelajar yang baru hendak belajar mengenal huruf dan baru hendak belajar mengeja akan memahami soalan ini walaupun diterangkan oleh guru mereka, kecuali jika guru menerangkannya dalam bahasa ibunda:

Which of the following is a bad habit?
A. Alia washes her hands before eating.
B. Zamani brushes his teeth once a week.
C. Halim wears clean and tidy uniform to school.

Saya musykil.

Bagi mata pelajaran bahasa Inggeris, mereka baru sahaja diajar untuk mengenal huruf dan membina kosa kata dalam bahasa Inggeris. Perkataan-perkataan ringkas digunakan supaya pelajar mudah faham. Tiada ayat yang panjang.

Tetapi bagi mata pelajaran sains, ayat yang digunakan boleh dianggap panjang, bahkan ia dibuat seolah-olah pelajar telah mahir menguasai bahasa Inggeris.

Saya sama sekali tidak menyalahkan guru yang membuat soalan. Bukan juga salah guru yang mengajar! Mengapa saya katakan begitu? Kerana selepas membuat semakan terhadap buku teks dan buku aktiviti yang digunakan di sekolah, sememangnya itulah yang ada dalam sukatan mata pelajaran.

Persoalan yang berlegar di fikiran saya ialah, bagaimana agaknya para pelajar menjawab soalan sains tersebut?

Pelajar yang pernah bersekolah di tadika yang menggunakan bahasa Inggeris sebagai medium pengantara mungkin tidak bermasalah dengan keadaan ini, tetapi bagaimana dengan pelajar yang lain, terutamanya yang tidak bersekolah tadika?

Sekoah 4 sesi

Diperolehi daripada http://perkhidmatanpelajaran.blogspot.com/2009/04/sekolah-4-sesi.html

Bertarikh : Rabu, 2009 April 29

Oleh Mohd Azam Shah Yaacob
mohdazam@hmetro.com.my


RAWANG: “Cara ini memang mengarut dan saya sendiri hairan kerana tidak pernah pula mendengar ada sesi persekolahan dibuat sampai empat sesi,” keluh seorang bapa, Abdul Wahid Maidu, 46, mengenai tindakan Sekolah Rendah Agama (SRA) Tasik Puteri yang mengadakan empat sesi persekolahan sejak Jumaat lalu.

Tinjauan Harian Metro semalam mendapati rata-rata ibu bapa menyuarakan ketidakpuasan terhadap sistem persekolahan empat sesi itu yang menyukarkan mereka memantau pergerakan anak selain menjejaskan tumpuan ketika pembelajaran.

Malah, difahamkan sekolah itu hanya memiliki 18 bilik darjah saja sedangkan jumlah muridnya secara keseluruhan adalah 1,600 pelajar.

Malah lebih teruk lagi, akibat penggunaan empat sesi persekolahan itu, 120 minit masa pengajaran terpaksa dikurangkan bagi tempoh lima hari waktu pembelajaran selain murid terpaksa menerima pembelajaran dalam keadaan tertekan berikutan selepas saja tamat sesi persekolahan sekolah pagi (sekolah kebangsaan), mereka terpaksa mengikuti sesi sekolah agama selama dua jam tanpa rehat.

Abdul Wahid berkata, empat sesi persekolahan itu iaitu satu pada waktu pagi bermula jam 7.30 pagi hingga 10 pagi manakala tiga lagi pada waktu petang bermula jam 2.15 petang hingga 4.15 petang, jam 2.30 petang hingga 4.30 petang dan jam 4.15 hingga 6.15 petang itu menyebabkan anak mereka tidak dapat fokus pada pelajaran yang disampaikan guru.

“Bagaimana mereka ini hendak fokus pada pelajaran, kerana jika yang belajar pada sesi petang, waktu yang diperuntukkan hanya dua jam saja tanpa ada rehat sedikit pun kerana selepas tamat satu sesi, sesi lain pula diadakan.

“Ini sebenarnya tidak harus berlaku dan pihak yang berkaitan sepatutnya peka dengan masalah ini. Mereka sepatutnya tahu ini bukan saja membebankan pelajar malah, turut menyukarkan ibu bapa memantau pergerakan anak mereka terutama yang mempunyai anak yang terbabit dalam setiap sesi,” katanya ketika ditemui di sini, semalam.

Pemandu van sekolah, Zulkarnain Mohd Zin, 49, masalah itu memang menyukarkannya untuk menghantar murid sama ada ke rumah atau ke sekolah berikutan sukar untuk mengikut waktu masuk sekolah dan pulang pelajar yang terlalu hampir.

Katanya, jika terlewat menghantar serta mengambil murid berkenaan, maka secara tidak langsung juga murid pada sesi lain akan terlewat masuk kelas.

myMetro: 29 April 2009

Format Kertas kerja Projek

Diambil daripada http://mohdisa-abdrazak.blogspot.com/2009/04/format-kertas-kerja-projek.html

Bertarikh: 30 April 2009


Format kertas kerja projek (KKP) berbagai-bagai, bergantung pada kehendak pihak yang akan meluluskan projek itu. Misalnya, KKP yang akan dikemukakan kepada pihak bank berbeza sedikit dengan kertas kerja yang akan dikemukakan kepada pengurus sekolah.

Dalam alam pendidikan, KKP mempunyai kandungan yang hampir sama seperti tajuk, penganjur, rasional, tujuan, tarikh pelaksanaan, kumpulan sasar, senarai jawatankuasa, jadual pelaksanaan dan perbelanjaan.

Pendahuluan boleh juga dimasukkan. Apabila ada pendahuluan tentulah ada penutup. Jikalau projek itu berupa peningkatan projek yang sedia ada, latar belakang projek yang terdahulu perlu dimasukkan. Bagi projek tertentu, tema projek elok dinyatakan.

Perincian tugas bagi setiap jawatankuasa dan individu boleh juga dimasukkan dalam kertas kerja itu. Butiran lengkap sesuatu kandungan atau subtajuk yang terlalu panjang seperti senarai jawatankuasa, senarai tugas mereka, butiran perbelanjaan, borang, lakaran, rajah, dan jadual elok dijadikan lampiran.

Untuk Cikgu Mohd Ariffin, di bawah ini diberikan beberapa contoh format KKP. Sesuaikan contoh ini dengan keperluan cikgu.

Format KKP Ab. Rahman dan Yap
Bahasa Melayu: Komunikasi Berkesan dan Pengucapan Umum, 1998
1. Tajuk
2. Rasional
3. Objektif/Matlamat
4. Jangka Masa Pelaksanaan
5. Kumpulan Sasar
6. Andaian (Kekangan)
7. Sumber Kewangan
8. Jawatankuasa
9. Senarai Tugas
10. Pelaksanaannya

Format KKP Ab. Alim
Pengurusan Kokurikulum dan Badan Beruniform, 1999
1. Pendahuluan
2. Objektif dan Matlamat
3. Tema
4. Tempat
5. Tarikh dan Tempoh Pelaksanaan
6. Perasmi
7. Bilangan Penyertaan dan Kategori
8. Bayaran
9. Jawatankuasa Kerja
10. Jawatankuasa Kecil
11. Perbelanjaan
12. Pendapatan
13. Penutup
14. Lampiran

Format KKP Institut Pendidikan Guru (IPG)
Sebuah IPG hanya memerlukan butiran minimum seperti yang berikut:
1. Tajuk
2. Rasional
3. Matlamat
4. Objektif
5. Tarikh dan Masa
6. Sasaran
7. Ahli Jawatankuasa
8. Program
9. Kewangan

Format KKP Perkhemahan Sekolah
1. Pendahuluan
2. Objektif
3. Tema Perkhemahan
4. Tempat
5. Tarikh Perkhemahan
6. Tarikh Perasmian
7. Jumlah Peserta
8. Bayaran Penyertaan
9. Sijil dan Hadiah
10. Jawatankuasa Pengelola
11. Jawatankuasa Kecil Pelaksanaan
12. Jawatankuasa Kecil Aktiviti
13. Anggaran Perbelanjaan
14. Anggaran Pendapatan
15. Atur Cara Aktiviti

Oh...ppsmi

PPSMI...PPSMI...PPSMI... Sekarang ia seperti igauan ngeri bagi sesetengah guru yang mengajar mata pelajaran M3 dan Sains dalam Bahasa Inggeris. Apa tidaknya, kementerian akan 'turun ke sekolah' bagi melihat keberkesanan PPSMI ini.

Difahamkan, mereka akan melihat guru-guru berkenaan berdasarkan Penilaian Tahap Pencapaian PTP yang pernah dibuat 2 kali sebelum ini. Melaluinya, guru-guru yang lulus mendapat 3 / 4 tidak akan dipantau. Manakala kumpulan yang mendapat 1 / 2, tumpuan akan diberikan kepada mereka.

Persoalannya... adakah kumpulan yang mendapat 3 / 4 dapat berkomunikasi dengan murid dalam bahasa Inggeris dengan baik? Dan, adakah dengan berkomunikasi dalam bahasa inggeris ia memberikan markah yang tinggi kepada murid? Dan, adakah kumpulan yang mendapat 1 / 2 akan diberi tindakan oleh kementerian? Dan, bagaimana pula kumpulan yang langsung tidak menduduki peperiksaan lisan itu? Adakah denda ke atas kumpulan ini lebih berat?

Pandangan peribadi saya,

Yang kita mahu tekankan di sini ialah pencapaian murid. Bagaimana kita berfikir mahu memajukan murid denga berbahasa asing, sedangkan kita sendiri tidak tahu menggunakan bahasa tersebut. Menggunakan bahasa malaysia sahaja murid juga tidak dapat mencapai target kita, apatah lagi berbahasa inggeris.

Kalaulah dengan tidak dapat berbahasa inggeri dalam kelas BISP ditarik balik, ambillah balik...